Aug 13, 2018

DISKAUN BAYARAN BALIK PTPTN 20% 2018

Ingat lagi tak entri saya yang satu ni PENUKARAN UJRAH ? Alhamdulillah dah berjaya dah pun.  Dari 4% kepada 1%  Boleh jimat beratus setahun.  Make sure  korang dah layak ujrah tu bayar lah ikut jadual yang dia orang dah tetapkan. 


Kali ni saya buat kerja gila lagi.  Saya tengok ada tawaran diskaun dari PTPTN sebanyak 20%, pehtu buat lah kira-kira.  Sekejap tengok duit dalam bank, sekejap tengok baki dalam penyata PTPTN.  Kau rasa?  


21 JUNE 2018


So saya saja-saja buka messenger facebook cuba CHATTING dengan PTPTN Facebook Page.  Dah ai kebosanan dekat rumah sajalah nak ajak borak.




PERKARA PERTAMA YANG KORANG KENA BUAT


Pergi dekat laman web ni  http://www.ptptn.gov.my/bajet2018/index.php


Isi apa yang patut, nanti sistem automatik kirakan jumlah hutang dan diskaun yang korang akan dapat.


Pehtu, Print lah sehelai nanti


Lepas dah kira-kira segala hutang-hutang yang ada  haritu 😆 tetiba pulak terasa macam Allah kasi hidayah masa tu jugak nak bayar lamsam.  Huish boleh jimat RM500+ banyak tu.  Boleh shopping dekat shopeyaaa.  lazadiaaa.  😚


Pehtu saya minta izin suami nak bayar lamsam, dah jadi bini orang kenalah minta pendapat dulu walaupun bukan duit beliau.  InsyaAllah ciri-ciri isteri solehah 😆


24 JUNE 2018


Saya pun melangkah kaki kanan pergi jumpa pegawai Pizza Hut PTPTN The Mines sambil bawa penyata yang saya suruh korang print tu.


Kebetulan saya berurusan dengan pegawai yang sama.  Beliau pun ada dekat situ.  Saya memang sorang-sorang je dekat situ, tak da orang lain.  Tapi kena juga ambil nombor, jangan terus terjah walaupun tak da orang.


" Assalamualaikum puan, saya nak tanya lah , cuba tengok penyata saya ni, saya print dari website bajet PTPTN, saya layak tak untuk bayar lamsam? "


( Sebenarnya semua orang pun layak, saya saja nak confirmkan sebab saya ni belajar malas, belajar sekejap je terus berhenti. )


" Waalaikumsalam puan Ain, layak puan, semua peminjam PTPTN layak dapat diskaun ni "

" Kalau macam tu, saya ingat saya nak bayar lah, tapi boleh guna kad debit tak? "

" Boleh puan "


( Masa ni kad debit saya limit keluar sampai 500 je. Then terpaksa pinjam lah internet dari laptop dia orang, jangan risau dia orang memang akan tunjuk bukti dia orang clear cache history ke blabla dekat laptop dia orang tu.  Tapi nasihat saya, korang tukar lah siap-siap limit kad debit tu dekat website sebelum ke kaunter untuk jaminan keselamatan )


Okey settle 80% hutang.  Sekarang kita tunggu dapat surat selesai hutang pulak dari PTPTN.



29 JUNE 2018


Dah bayor, hati pun tak menyabar nak tengok hutang tu di reduce.  Sebab tengok masih tak da update dalam penyata baki dekat website Anjung PTPTN, saya pun ajak lagi dia orang berborak lagi


kasi skrinshot penyata baki tu sekali dalam chat tapi tak perlulah tunjuk dekat sini kan huhu


pihak PTPTN pun reply kat bawah ni





pihak PTPTN kata 8 July 2018 baru boleh cetak surat pelepasan hutang dari website PTPTN bajet 2018.  (Korang tolong lah kirakan berapa hari tempoh sah nak dapat surat selesai hutang tu, aku tengah ngantuk ni)


Lepas saya langsaikan hutang PTPTN, saya dapat langsaikan hutang2 keluarga sekali.  Alhamdulillah.  Rezeki Allah kasi awal langsaikan hutang semuanya dengan hasil duit berniaga.  BEBAS HUTANG JULY 2018.  😍


Oh ya tawaran diskaun 20% ni sah sehingga 31 Disember 2018


Dengar cerita, kerajaan dah luluskan siapa gaji bawah RM4000 boleh tangguh bayar dulu ya?  Huntunglaaaa


Ada soalan?
Email saja ainzs0408[at]gmail[dot]com

Oct 21, 2017

CARA BAYAR MARA MELALUI KWSP

Kerja aku bayar hutang je dari bulan 8 hari tu.  PTPTN dah selesai dah.  Bukan selesai langsai tapi tukar UJRAH haritu.    Nikmat dia rasa macam baru lepas shopping barang dapur.  Mak-mak je yang paham ni.


Nak dipendekkan cerita...


Lepas settle apply tukar Ujrah haritu, saya pun terus search macam mana nak bayar MARA guna KWSP ni.  Sampai lah jumpa page Kalau Aku Kaya??  .  Terima kasih untuk entry yang super ber-manfaat ni.


Dan ni Step Versi LATEST dari hakak Ain Zulaikha tahun 2017


1. SURAT PERJANJIAN MARA

Dengan berbekalkan nafas2 yang dah banyak kali sedut sebab nak atau tak, kena gak geledah stor cari Surat Perjanjian MARA yang dah berzaman batu mana tah guwe letak T___T , cepat2 lah kita pergi cari.  Alhamdulillah, memang kita ni jenis menyimpan resit2 yang kawan2 hutang  dulu  (nasib baik dakwat dah hilang)  *angkat kening


Apa?? Dah hilang????
Sila isi minyak yang harga naik 5 sen turun 1 sen tiap minggu tu, pergi sendiri pejabat MARA minta copy.  Kalau tak nak tunggu lama sangat, boleh call dulu tanya boleh request awal ker surat tu?  Nanti sampai sana terus ambik je.  Jimat masa. 



2. SKROL TAMAT BELAJAR

Apa itu skrol??  Yang korang naik pentas masa graduasi terima anugerah tu.  Tu bukan lesung batu tau.  Bukan juga hiasan masa bergambar je.  Tu lah skrol sijil tamat belajar.  Hah yang ni mesti dan wajib kena ada.  Kalau tak de macam biasa lah, pergi mohon salinan yang baru dekat tempat korang belajar.  



3. EMEL

Step seterusnya, scan no1 dan no2.  Emel dekat bahagian kawalan kredit.  Kalau tak sure boleh contact office MARA tanya nak berurusan dengan siapa.  Macam saya haritu, saya emel dengan Puan Zafirah dan Puan Shafarina (selepas call MARA).  Very easy, sebab tak yah pergi MARA pun.  

Buat lah ayat best2 sikit dalam emel tu, cakap nak mohon bayar MARA guna KWSP.  Attach sekali dengan salinan no1 dan no 2 tu ya.



3A. FOLLOW UP (Jika tiada respon dalam 30 hari)

Kenapa pentingnya follow up?  Sebab masa saya call diorang aritu, memang diorang laju je respon.  Siap minta resend balik salinan.  Tapi lepas dah send details semua, 30 hari tak de apa-apa jawapan.

Saya pun emel semula, tanya lah macam mana nak tahu permohonan lulus ke tak.

Tak sampai 7 hari, respon dah sampai dekat rumah tawww ^^,



4. SURAT PENYATA BAKI PINJAMAN PENDIDIKAN PELAJAR

Sepatutnya bila korang dah send diorang skrol dan surat perjanjian tu, dalam tempoh 14 hari korang akan dapat dah surat ni, diorang pos ke rumah.  korang akan dapat 2 copy.  1 untuk KWSP dan 1 lagi untuk korang.  Surat ni lah korang kena bawak pergi KWSP nanti.



5. ORIGINAL SKROL, SALINAN SKROL, SURAT PENYATA BAKI (No 4) dan BORANG 

Masa nak pergi KWSP tu, korang bawak semua item macam no 5 ni.  
➤ ORIGINAL SKROL
➤ SALINAN SKROL
➤ SURAT PENYATA BAKI (ORIGINAL)
➤ BORANG (boleh dapat dekat kaunter KWSP / Print online dan isi pen dakwat hitam huruf besar)


Lepas korang dah habis isi borang tu nanti, minta pegawai depan kaunter receptionist tu check.  Kalau korang pergi kaunter KWSP area Kajang tu, nanti korang kena pergi tingkat M dan ambil nombor dekat situ.  
(Tak perlu print penyata KWSP terus beratur dekat kaunter receptionist untuk ambil borang)


Sign sana, cop sini , tak sampai 5 minit pun semua benda dah settle.  Tunggu lah paling lama 21 hari hutang korang akan ditolak dari KWSP.


Make sure duit dalam KWSP tu kena ada lah ya.  Jangan korang buat semua kerja2 ni tapi duit tak de pun dalam KWSP tu kerja gila namanya.


Masa nak mula uruskan semua ni memang nampak susah.  Tapi bila dah nampak flow, sebenarnya senang sangat.  Lagi2 kalau semua dokumen yang kena ada memang dah ada dengan korang.


Harapnya membantu lah ya :)


UPDATE 31/10/2017

Alhamdulillah selesai sudah hutang MARA.  😊