Aug 16, 2017

PTPTN : Cara Tukar Konvensional Kepada Ujrah

Gelabah tak jumpa dashboard blog ni, maklumlah macam chipsmore benda part 1 dah setahun tak bersambung2 pun.  Alamatnya kita Revert to Deraf je.  (Nak cover malu)


Saya nak jadikan diri sebagai individu bebas hutang.  Sebab saya tak nak esok lusa kena tanggung dekat akhirat.  Bukan tu je, tak nak penjamin saya pun terlibat susah sama dekat dunia ni.  Diorang pun banyak hutang nak bayar ye tak?  (Mohon terasa yang duk bersiul biarkan orang lain bayarkan hutang dia)


Saje nak share pengalaman sendiri uruskan penukaran PTPTN Konvensional kepada Ujrah.  Betul2 urusan yang fresh.  Dan saya percaya ada lagi orang macam saya tercari-cari cara nak uruskan hal ni. 

Tak mampu


Nak di ikutkan, saya memang tak mampu nak bayar hutang sobs .  Sebab saya sepenuhnya berjawatan Suri Rumah.  "Aku lah Bos, Aku lah Kuli " boleh jadi tajuk drama pukul 7.


Buat bisnes kecik2 sebab nak jugak merasa beli barang pakai duit sendiri.  Nak jugak merasa belanja orang makan.  Nak jugak merasa beli kan jajan tuk anak.  


(Hek eleh) Semua atas ni dusta! aku nak kaya sebenarnya 💪


Selagi tak de target sendiri, selagi tu asik rasa nak mampus tak mampu ajer .


Cara tukar konvensional kepada Ujrah


Meh hakak nak cite panjang macam mana cara nya dan memang super senang je nak uruskan penukaran ni.

Apa yang saya buat mula-mula saya nak settlekan penukaran ni?


1.  Cari Mana-mana nombor Pegawai PTPTN.  

Memula saya deal dengan whatsapp.


Masa tu saya whatsapp pegawai tu, saya buat lah ayat seposen " Mohon kasihani lah diri ini kerana patik merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang kerjanya makan tidur je. Patik 30% dari baki simpanan pun tak de, ni kan pulak kena bayar 50% "


Pegawai tu nak reply lama gak, dalam masa 24 jam


" Kesiannya Puan, Tak de masalah.  Puan boleh bayar paling rendah 30% dari baki pinjaman puan. Kalau Puan tak keje sape suruh? boleh lampirkan penyata EPF "


Berhuhu je lah aku kat situ.  


2. Walk in Kaunter PTPTN

Then saya pun walk in lah dekat kaunter PTPTN The Mines tingkat 3 sebelah TGV Cinema masa 20/07/2017.  Cara2 nak pergi kaunter pun nak kena tunjuk ke??  😑  


Sampai je dekat kaunter, diorang pun check dan explain pasal pinjaman saya tu.  Memang kena bayar sekurang-kurangnya 50%.  Then saya pun buat lah muka hampa.  


" Tapi kalau awak tak mampu 50% boleh bayar sekurang2 nya 25% dari baki pinjaman.  Tu paling last. "


Masa tu fikir punya fikir sebab nak jugak tukar 1%.  Kalau tak kenalah menanggung bunga 4%.  Banyak tu tiap bulan mau RM12 jugak naik.


Then saya pun tanpa banyak fikir, masa tu fulus tengah mengizinkan, saya pun setuju.


3. Isi borang dan buat pembayaran.

Tak sempat nak tangkap gambar borang tu.  Lepas isi borang, dan bayar jangan lupa mintak resit. 


4, Tunggu 14 hari akan dapat emel dari Pegawai.


 Dan tunggu dalam masa 14 hari bekerja / tarikh yang diorang kasi untuk kita follow up diorang kalau belum dapat emel dari pegawai yang korang deal.


Masa ni tarikh diorang kasi sampai  10/08/2017, sampai ke petang tak dapat emel lagi.  Saya pun whatsapp lah pegawai tu.  Terus dia call kita dan bagitahu berapa amount kita akan bayar bulan2 dan berapa tempoh kita perlu bayar.  (Hah! baru nak buat keje)


Yang bagusnya kita boleh set berapa amount kita mampu bayar tiap bulan.  Tapi makin sikit amount kita bayar, makin panjang tempoh pembayaran balik.  Faham tak setakat ni?


Contoh: RM60 tempoh bayar (70 bulan) tapi kalau bayar RM100 tempoh bayar (35bulan) je.


Dalam kes saya ni, saya pilih untuk bayar tinggi sikit dari yang diorang suggest.  Konon mampu la?  Hehe.  (Mohon jangan kedek sangat nak spend lebih sikit duit untuk bayar hutang, tak rugi tau)


So korang fikirlah baik2 berapa korang mampu bayar bulanan.


5.  Dokumen Perjanjian

Dokumen Perjanjian pegawai akan emel terus dekat kita.  Baca dulu tau.  Baru print.  Mana tau korang ada nak bangkang isi kandungan diorang.  Hehe.  Tak de lah, sebab 17mukasurat kena print dan buat 2 salinan.  


Kalau tak kerja, borang Potong Gaji dan Majikan tak perlu / print. 


6.  Setem Hasil

Lepas dah isi dokumen perjanjian.  Kena lah beli Setem Hasil RM10 x 2 keping.  Saya beli dekat pejabat pos sebab paling dekat dengan tempat tinggal.  Tampal sendiri guna ayak liuq haha.  


Setem Hasil perlu matikan ke?  


Hari tu pening gila kepala cari pesuruhjaya sumpah keliling Seri Serdang.  Bukan pening sebab tak jumpa, pening sebab hujan.  Dah sampai hujan lah pulak.  Nak keluar tak boleh sebab bawak anak kecik.  Tapi tiba2 kakak saya whatsapp cakap tak silap dokumen kena lengkap baru boleh matikan setem.  Adudududuudu.


Dalam dokumen tu korang akan kena dapatkan signature saksi berjawatan gred 41.  Tapi kalau tak de boleh mintak je dekat kaunter PTPTN tu sebab diorang pun boleh jadi saksi kita. 


Then esoknya 15/08/2017 pagi, saya pun whatsapp pegawai tu tanya, Cik kalau dokumen saya ni tak dapat lagi tandatangan saksi boleh ke matikan setem dulu?


Pehtu apa dia balas? " Tak perlu matikan setem, tampal kan ajer


Oh mennnn kalau tak Isnin lagi dah settle benda ni.  Ni lah akibat google.  


7.  Hantar Dokumen Perjanjian


Lepas dah lengkap semua, pergi kaunter PTPTN balik.  time ni lah saya dapatkan tanda tangan saksi. 
Then diorang semak semua.  Cop apa2 yang patut.  Pap pun tap tup then stepler dokument kita, diorang akan serahkan 1 salinan untuk simpanan kita.  SETTLE.  Alhamdulillah


Lega rasa.


Nota:
1. Ada orang deal dengan whatsapp senang bagi dia.  Tapi bagi saya better deal depan2.  Sebab kita boleh nampak in real nombor angka digit dan lagi faham.  Di samping boleh singgah sebelah makan pizza hut.
2. Kalau pegawai kerek, kita layan jugak diorang baik2.  Make sure settle semua.  Jangan sampai diorang dendam dengan kita.  Tak settle kerja kita nanti.  
3. Pembayaran boleh by CASH atau pengeluaran KWSP.  Janji kena ada transkrip/skrol dan penyata KWSP.  Siapa yang tamat belajar sebab berhenti memang tak dapat lah guna KWSP. 
4. Siapa yang kena blacklist ke luar negara sebab PTPTN.  Korang pun boleh clearkan nama korang.  Bayar 25% je paling rendah.  Pastu bayarlah  bulan2 macam biasa, jangan pisang berbuah-buah nanti.  😝 


Semoga artikel ni dapat bantu korang.  Kot ada yang tak faham, boleh emel ainzs0408@gmail.com.  

Daa.

2 komens:

4umyfans said...

Lagi segera habiskan bayar, lagi lega. Ye dok?

السيد محمود said...
This comment has been removed by a blog administrator.