Jun 7, 2010

Kenapa HIV/AIDS


Ohhh, sekadar untuk membuat research tentang penyakit ini untuk letak dalam cerita nanti.  Sambil-sambil tu boleh share sekali apa yang saya dapat dalam entry kali ni.



FAKTA: 

Maksud AIDS dan HIV


AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan adalah satu penyakit yang serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).

Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV telah merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Apabila sistem pertahanan badan tidak berfungsi, bakteria dan virus-virus lain boleh menjangkiti tubuh badan, menjadikan individu tersebut sakit teruk.

Bagaimana boleh mendapat penyakit ni?

Anda boleh dijangkiti HIV jika anda terdedah/tersentuh dengan bendalir badan individu yang HIV positif.

Bendalir badan yang boleh menyebarkan virus ini adalah :
  • Darah
  • Cecair faraj
  • Air mani
  • Susu ibu

Bendalir yang dijangkiti ini boleh meresap ke tubuh badan seseorang semasa :
  • Mengadakan hubungan seks dengan individu yang HIV positif
  • Berkongsi jarum dan/atau alat suntikan dengan individu yang HIV positif ( contohnya: bertatu, bertindik/menebuk bahagian badan atau pengambilan dadah secara suntikan)
  • Terdedah kepada darah seseorang yang HIV positif
  • Ibu hamil yang HIV positif akan merebakkan virus kepada kandungannya semasa hamil, semasa kelahiran dan semasa penyusuan susu ibu

Anda TIDAK akan mendapat HIV melalui :
  • Bersalam
  • Berpeluk
  • Bersin ataupun batuk
  • Gigitan nyamuk atau lain-lain serangga
  • Berenang
  • Berkongsi perkakas untuk makan

Siapa yang berisiko untuk untuk mendapat HIV?

Jika anda :
  • Mempunyai ramai pasangan seksual
  • Penagih dadah secara suntikan
  • Pelacur
  • Homoseksual
  • Kakitangan perubatan

Bagaimana anda mengetahui yang anda HIV positif?

Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak timbul untuk beberapa tahun dan anda mungkin tidak mengetahui yang anda telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun anda masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini.

Jangkamasa tanda-tanda ini timbul bergantung kepada individu
Apabila Sistem Pertahanan Tubuh dilumpuhkan oleh Penyakit AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk :
  • Terlalu lemah dan lesu
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Demam panas yang kerap
  • Peluh malam
  • Kelenjar limfa membengkak
  • Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
  • Cirit-birit yang kronik
  • Batuk kronik
  • Hilang ingatan
  • Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat


Bagaimana anda mencegah HIV?

Pada masa ini tiada vaksin yang berkesan.
Walau bagaimanapun jangkitan HIV dapat dicegah melalui :

  • Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
  • Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi undang-undang kecuali anda telah berkahwin.
  • Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
    • Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.
    • Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan HIV, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.
    • Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan pertimbangan anda.
  • Menggunakan jarum yang bersih dan basmikuman.

Jika anda juga mengidap jangkitan seksual (STIs) pada masa yang sama, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

Bagaimana jangkitan HIV dikesan?

Jumpa doktor untuk ujian darah. Keputusan ujian darah akan mengambil masa beberapa hari.

( Kalau ada penyakit tu dah jangan gatal nak kahwin okey?  memudaratkan orang lain )

Keputusan anda adalah sulit. Anda juga boleh mendapatkan sesi kaunseling untuk maklumat lanjut mengenai jangkitan HIV dan pencegahannya.

Bolehkah ia dirawat?

Pada masa ini jangkitan HIV tidak dapat dipulih sepenuhnya.

Kombinasi ubatan antivirus dan ubatan yang meningkatkan pertahanan tubuh badan digunakan untuk mengawal jangkitan, bagi terus hidup sihat dan memanjangkan usia pengidap HIV.

( Kalau ubat tu dah tak mampu nak kawal badan korang , korang akan mati jugak, kalau Allah nak tarik nyawa korang lagi 1 minit, korang akan mati jugak )   So the pengajaran is DONT DO THAT!


"Dapat fikir tak kenapa HIV/AIDS ni susah nak dirawat?  Cuba fikir secara logik dan bukan berpandukan fakta sains.  Ini semua sebab kita sebagai hamba Allah seringkali membuat perkara terlarang dan merupakan maksiat di muka bumi ini. Allah menguji umatnya supaya melakukan perintahnya dan meninggalkan larangannya.  Ramai berpendapat penyakit ini tidak dapat dirawat kerana untuk menakut2kan sahaja.  Jika Allah ingin membuktikan balasan di dunia.  Dia yang Maha Berkuasa akan melakukannya!"

Take From MyHEALTH

3 komens:

ida said...

hari niy lam paper aser cer pasal pasangan HIV berkahwin

ida said...

hari niy lam paper aser cer pasal pasangan HIV berkahwin

Ain Zulaikha said...

owh yeke.. kena tgk ni..