Aug 26, 2010

Timbang ni Berat Sebelah lah

Salam malam, agak sekema sedikit pada malam ni. Saya di temani malam yang sangat dingin dan sangat menyuramkan. Wah, apakah ini ayat yang perlu saya masukkan dalam hasil kerja saya nanti dalam karangan BBM saya? Oh! Tidak. Apakah saya lebih banyak mengarut kerana tekanan perasaan. eh, jap-jap kena guna apakah ke or adakah? haishhh..
 

Minta maaf kepada kawan-kawan yang buka blog saya tetapi blog saya tidak kelihatan. Hampeh Ain Zulaikha ni kan? Minta maaf atas alasan tekanan perasaan, boleh terima tak? nasib baik tak sembelih ayam depan rumah ni, kih kih kih. Kalau tak mesti kena reman poloh hari, =D

" Aku manusia lemah
selalu terjatuh berbeda aku darimu
kau berdiri teguh "

" siapa sebenarnya aku padamu?
mungkin sama dengan teman lain..
yang bisa kau buat begitu... dan
bila tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku, padamu... "

cis!!

Saya jeles dan saya sangat bengang, itu lah saya, pendam sorang-sorang, FB pulak deactivated, cari penyakit. Mengada-ngada! Budget Manja! Ain ... Ain .... ish..

Apa-apa pun , best gila semalam lepas berbuka dekat Hassan Seafood a.k.a ABE tadi turun Desa Vista dengan kawan-kawan AKMA, ANASTASIA, LEHOT and thanks to Yan Saflina bagi bawak kereta, maklumlah orang baru belajar bawak kereta, bila bawak dekat atas jalan tar mulalah macam kera dapat bunga. Weeee... wee tu apa maksud dia dowh? Okey, saya tak reti. Saya reti bawak, tapi lemah nak hafal gear, bila dah buat gear 2, " eh, tadi gear berapa eh yan? " Yan pun gelak-gelak, ahahahaha, malu nya saya. Saya pun gelak sama.

Pernah bercinta?  Ada rasa cinta awak berat sebelah? 


Kenapa saya kata cinta berat sebelah? 


1. Perlu Pentingkan diri

Dalam bercinta, orang kata kita kena pentingkan diri, sebab kalau kita tak pentingkan diri kita, nanti hak kita terbatas, i mean, kita mungkin tak rasa kebebasan yang we need to protect, opss, sorry tak reti english, maksud saya, kita perlu perjuangkan. kalau kita sakit, tak kan kita nak biarkan.



2. Salahkan pihak sana je

Eh, situ pun boleh jugak lah. So bila bergaduh mesti masing-masing salahkan pihak lawan, biasalah, kalau dalam court pun orang nak pertahankan diri kena back up diri sendiri, tak gitu puan-puan? sedangkan kucing pun pandai nak protect diri, ini kan manusia. 




3. Menyakitkan

memanglah cinta itu sakit, ada ke orang menangis bila tak sakit? Melainkan kalau dia gembira. Dapat anugerah Dekan. Tahniah! Bagi saya sangat sakit ketika bercinta, so kesimpulannya janganlah bercinta kalau tak nak sakit. Lebih baik luka berdarah dari sakit hati. Gituuuuu...



4. Tak kisah

Bila awak bercinta ada awak kisah tak pasal teman awak tu? Ada? Ada? Ada? dah 3 kali saya tanya ni tak jawab-jawab. Okey, thats not love, that is just sayang je. Bukan Cinta, so Sayang dan Cinta kita boleh tengok betapa berbezanya mereka sesama sendiri. Bila kita tak kisah dalam bercinta, memang lintang pukang lah hubungan kamu nanti. T__T macam tornado , eh tornado ke storm?



5. Tidak serius

Masing-masing nak serius dalam bercinta, tapi bila dah setahun 2 tahun berkenalan atau bercinta, mesti ada rasa macam tak selesa dan rasa macam tak serasi lah senang cerita. So lama kelamaan seseorang tu jadi tak serius. Yang sakit siapa? Pihak ke 2 jugak. Yeke?





6. Cinta ni berat sebelah sebab kau tu lagi berat dari pasangan kau.

Hee... 


** Alhamdulillah, dah sampai rumah dah.. bestnye... dah lama tak buka puasa dekat Home wiwit House, ^.^  Good night!!

13 komens:

Love is Life said...

ai kak ain..name yan ade skali??ahahha...well k.ain kene kuat dlm menghadapi dugaan di dunia ni k..and jgn lupe!..afal gear tu ha!..boleh pulak lupe..adoi....

K. Beyazid said...

memang sayang dan cinta tu 2 perkara yang amat berbeza...sgt2 bersetuju tp kdg2 tanpe sayang maka xkan datangnye cinta.

ZACK ENTRY said...

banyak pengalaman ni..=)



latest entry Berat Aku Makin Bertambah

si biskut said...

cinta memang macam tue...

Botak said...

cinta ni menyusah kan sbnr nye.,
tapi kita perlukan nye...
:D

Cylia Chel a.k.a Lia Edwin said...

cinta berat sebelah sbb mostly yg pompuan je usaha lebih sayang diorang..yg lelaki buat derk je..

AiN Z said...

@Love is Life

hahaha.. tak leh nak hafal lah yan.. hilang ingatan time drive..

AiN Z said...

@K. Beyazid

betul tu..

AiN Z said...

@ZACK ENTRY

adalah sikit.. hee

AiN Z said...

@si biskut

iyee

AiN Z said...

@Botak

betul lah tu.. mnyusahkan sbb kena jaga hati org.. huu

AiN Z said...

@Cylia Chel a.k.a Lia Edwin

lelaki ego tinggi.. huuu

Cylia Chel a.k.a Lia Edwin said...

@AiN Z
betul3...sy setuju..