Oct 27, 2010

Ku Bukan Aku

Salam kenyit mata dari saya, hehe.  Imaginasi perlu tinggi ketika membaca, selamat membaca :) 


Nisdia merungut di hadapan kekasihnya, Aman .  " Aman, U sekarang macam tak kisah je duduk berjauhan dengan I?  U ni makin lama makin jauh dengan I, u nak tinggalkan I ke? Cita-cita apa yang U nak kejar?  U nak jadi engineer?  Sini pun boleh.  ".  Nisdia tunduk mengerutkan dahinya .  

Aman cepat-cepat membetulkan kedudukannya kerana gerun dengan kekasihnya itu.  "  Sayang, I tak bermaksud nak tinggalkan U kan? " .

Nisdia terus mendongak kepalanya dan menitiskan air mata, " Sampai hati U, U tak faham hati I, I cuma tak mahu berjauhan dengan U .  I takut I rindukan U Sayang .

Aman bergegas mendapati Nisdia, dan dia cuba memujuk Nisdia, " Nis, I faham, tapi I nak cita-cita I tercapai.  Satu hari nanti mesti U akan tahu cita-cita sebenar I yang I idamkan.  U kena faham.  Tak kan peluang yang I dapat belajar luar negara I nak lepaskan macam tu je? "  Nisdia cuma menangis, dia mengangguk akur dengan kehendak kekasihnya.  Aman mendakap Nisdia dan berjanji dia akan balik dengan harapan palsu.

Di Lapangan Terbang

Nisdia membisu seribu bahasa, dia tidak pandang kiri kanan.  Padahal Aman berada di hadapannya dan keluarga Aman juga di situ.  Aman dinasihati oleh keluarganya, " Aman, kau duduk sana kau belajar elok-elok, jangan main-main, ayah nasihatkan kau ni sebab ayah tak nak kau terleka dekat sana.  Apa-apa pun boleh jadi. "  Aman tersenyum dan menyalam kedua tangan ayahnya. 

" Wei Aman, kau tengok awek kau tu, dari tadi diam.  Pergi lah pujuk dia, "  kawan Aman memberitahu.

Aman melihat Nisdia dengan wajah yang sayup seperti sayang mahu meninggalkan Nisdia .  Aman berbicara di dalam hati, " Haishhh, ikutkan hati memang aku nak bawak kau Nisdia, tapi kau pun belajar, dengan usia kita yang muda tak sesuai nak kahwin . Kang kahwin kang bukan aku belajar, lain pulak jadinya, huhu. "

" Sayang.. "  Aman memanggil Nisdia dengan nada yang perlahan tetapi manja.  

" Em.. " Nisdia tersenyum paksa. 

" Eleh.. " usik Aman, Aman mengeluarkan sesuatu dari koceknya . " Nah . Ni untuk Nisdia, Pakai ni sampai lah I balik. "  Nisdia dihadiahkan rantai emas putih dari Aman.  So sweet.  

" Sayang, kalau U rasa inilah yang terbaik untuk U, I terpaksa relakan, demi cita-cita U . I memang berat nak lepaskan U pergi jauh.  " kata Nisdia dan air matanya menitis.

" I will make sure that one day, you are the happiest people in the world.  Okey dear? " Aman tersenyum lebar pada Nisdia, Nisdia pula terangis teresak-esak.  Aman berlalu pergi.


2 Minggu Kemudian


" Arghhhh.... bosannya! bosannya! bosannya! " Nisdia berkali-kali mengulangi perkataan yang sama di hadapan rakan-rakannya.  

" Kau ni, annoying la, tak habis-habis bosan, tak habis bosan.  Kalau dah bosan sangat pergi cari pakwe baru  la. " kata rakan Nisdia.  

Nisdia mencembengkan bibirnya, " aku tak mau la, aku masih setia lagi dengan pakwe aku sorang tu ha. " Menjeling.


2 bulan kemudian Kemudian


" Nisdia!  kalau macam ni lah keputusan semester awak, lebih baik awak jadi pencuci keranda je lah! " , Puan Ramona membaling slip keputusan Nisdia yang merosot dan berlalu pergi .  

Nisdia hanya menangis dan tergelak kecil secara tiba-tiba . " Aman.. Aman.. " Nisdia menggelengkan kepalanya .


2 tahun kemudian.


" Apa nak jadi dengan kau ni Nisdia?  Kau tahu tak kau dah berubah?  Kau lain, gelak sorang-sorang, telefon bunyi tak jawab , makan sehari sekali, kelas selalu skip, mengigau tengah malam.  "  Vi menegur Nisdia. 

" Entahlah, aku tak tahu kenapa dengan aku ni, semenjak Aman ke luar negara, aku rasa macam aku ni bukan diri aku yang sebenar.  Aku rasa hidup aku macam serba tak kena.  Haishhhh, " Kata Nisdia dengan penuh perasaan pelik.

" Kau ni, ingatlah Tuhan banyak-banyak .  Dah kau layan sangat perasaan jadi lah macam tu .  Cuba jadi macam aku ni ha, single and available, tapi aku masih lagi tak laku-laku.  "  Kata Suria pula.

" Hahaha, Korang ni buat aku... haishh.. lebih baik lah aku pergi tengok FaceBuku mana lah tahu ada benda best. "  kata Nisdia dan menjeling berlalu pergi ke biliknya.

" Hah, macam tu lah, tak habis-habis Facebook . " kata Vi.

Tiba-tiba apabila Nisdia membuka internet dan Log In FaceBuku nya, dia terkejut melihat ada mesej dari Aman yang sangat panjang lebar.

Assalamualaikum Nisdia yang dirindui.  Cewah, I berjiwang pulak.  Hehehe.  Hey Sayang, actually I nak minta ampun bebanyak sebab tak dapat nak berhubung dengan U .  Pejam celik dah 2 tahun I tahan rindukan U .  I ada cuba call U , tapi tak dapat .  I tak tahu lah kalau U .... 

" Laaaa, nombor panjang lebar ni nombor Aman ke?  Apesal lah aku tak angkat , kiranya 3 minggu dia dekat sana dia dah call aku .  Maksudnya dalam setahun 20 kali dia call aku?  Arghhh, bongoknya aku  ni! " kata Nisdia sendiri sambil menghentak-hentak mousenya dan menyambung bacaannya.

I tak tahu lah kalau U dah lupakan I atau apa.  I just nak bagitahu sesuatu.  I rindukan U, I ada lagi setahun nak habiskan belajar kat sini.  I dekat sini biasa je, cuma sejuk gila .  Hehe, selalu sangat teringatkan U Nisdia.  I belajar pun okey, I dah 3x dapat anugerah pelajar cemerlang, semuanya untuk U dan family I.   I harap cita-cita I akan tercapai bila I balik nanti .  And satu perkara, I nak bagitahu I ada surprise untuk U bila balik nanti.  Wait ya.  Dengan tulus ikhlas ; Aman.

Nisdia tersenyum kerana dapat khabar dari Aman .  Nisdia juga mengalirkan air mata gembira kerana cita-cita Aman akan tercapai juga akhirnya.

" Tapi apa cita-cita yang dia maksudkan?  Sedangkan dia memang nak jadi engineer.  hemmm, forget it, " kata Nisdia sendiri.

Nisdia melonjak-lonjak gembira di hadapan kawan-kawannya.  Nisdia menceritakan semua pada kawan-kawannya.

" Lah, semua orang pun nak belajar kat luar negara, kalau aku pun aku nak dowh. " kata Vi yang sedang asyik makan dihadapan TV.

" Oh yeke, " Nisdia terdiam.


3 setengah tahun kemudian.


Terbeliak mata Nisdia apabila dia melihat ada seorang lelaki duduk di hadapan rumahnya.  Membawa Viva putih comel.  Nisdia sangat takut.  Dia memanggil kawan-kawannya.  Kawan-kawan Nisdia pun takut.

" Kau la pergi tengok, " kata Nisdia

" Kau la, " balas Vi.

" Tak nak la, entah-entah perogol bersiri ke ish takut, kau lah. " kata Nisdia.
Tiba-tiba lelaki itu berdiri dan berjalan menuju ke pintu pagar.  Nisdia dan Vi berlari takut.  Tiba-tiba...

" Assalamualaikum... " jerit lelaki itu.

Nisdia terhenti, dia seakan familiar dengan suara itu, Nisdia mendengar sekali lagi.

" Assalamualaikum... " jerit lelaki itu.

" Aman? " Nisdia berlari dengan pantas membuka pintu.  Nisdia berjalan perlahan menuju ke Aman.

" Hai Sayang.. " Aman tersengih seorang diri.  

Nisdia pula berkerut dahi, muka kemerahan seperti ingin menangis.  Nisdia memukul-mukul bahu Aman.

Aman tergelak seorang diri.  " Apa pukul-pukul ni?  Dah lah muscle tak de ada hati nak pukul orang, ish " usik Aman.

Aman menyuruh Nisdia memakai cantik-cantik kerana Aman ada sesuatu yang istimewa buat Nisdia.  Nisdia bergegas menuju ke kamarnya dan siap berdandan.  Sangat hebat Aman menunggu Nisdia bersiap selama 1 jam lamanya.  Nisdia keluar dari rumahnya.

" Pakai macam ni boleh? " Nisdia yang memakai baju kurung , ayu , bertanya pada Aman.

" Perfect!  U ni macam tahu je I nak bagi surprise apa?  Emmm, U pakai lah macam mana pun, I tak kisah.  tetap cantik, " Aman tersenyum melihat Nisdia yang tersenyum gembira.

Perjalanan mereka, mereka tidak berhenti berbual, dan seperti pasangan yang baru je bercinta.  Dan sudah pun sampai ke rumah...

" Aik?? rumah I? " Nisdia hairan.

" Ha ah lah, rumah siapa lagi? " Aman membuka kan pintu untuk Nisdia.

" So, 2 hari  lepas baru je I balik rumah.. Apa yang istimewanya? " Nisdia tidak berhenti bertanya.

" Mulut tu boleh senyap tak?  tengok lah dulu. "  Aman mencubit pipi Nisdia.

Nisdia memasuki rumahnya, dan dia melihat ramai sangat orang di dalam rumahnya, termasuk keluarga Nisdia dan keluarga Aman.  Semua keluarga ada , Lagi-lagi kawan Nisdia juga ada di situ.  Nisdia pelik.  Nisdia melihat Vi dan Suria tertawa kecil.  Masing-masing memandang Nisdia dengan senyuman yang tidak pernah dia lihat.

" Sayang.. " Aman memanggil Nisdia.

Nisdia menoleh ke belakang.

Aman senyum ke arah Nisdia dan memakaikan Nisdia selendang di kepalanya supaya menutup semua rambut Nisdia.  

" Err, kenapa ni? Aman?  "Nisdia tunduk malu.

" Hari ni , majlis pertunangan kita.  Inilah cita-cita I lepas I tamat belajar.  I nak jadikan U sebagai isteri I " kata Aman tersenyum.

Nisdia seakan tidak percaya.  Nisdia mengalirkan air mata tanda gembira, Nisdia di bawa oleh ibunya kebilik.  Ibu Aman menyarungkan cincin di tangan Nisdia, Dan tamatlah sudah majlis pertunangan Aman dan Nisdia.


                                                                             .......Tamat........


8 komens:

Fello Ariza said...

fuh ain.. leh jadi pnulis nih :P

anastasia said...

leh jagi novelis la k.ain .. caiyok caiyok !!

Anonymous said...

wah,,ain..hebtlh..good job...-emy-

ak1uno said...

aman ni blaja degree ke diploma u?

AiN Z said...

fello n ana: thanks.. tapi rasa nya tak leh lagi capai kat tahap tu.. sbb bahasa tonggang langgang.. kah kah kah..

anon emy: thanks emy :) sudi baca.. saya sayang readers saya.. hehe

akiuno: tak kisah lah dia nak degree ke pe, jadi beljar ye dak? hahaha

Love is Life said...

comel2..ringkas n padat...:P..

HaNTwO said...

wowww garapan yang bagus...leh jadi novelis ni... :)

AiN Z said...

cik bee: comel? tq.. hehe

hantwo: novelis? tinggi sangat tu.. jadi penccerita utk budak2 ja lah..