Nov 18, 2010

Couple Bermadu, Ada?

Selamat petang semua.  Macam mana hari ni sihat tak? Ke sakit hati tengok Dua Alam tu? Saya tak tengok lagi.  Nak tengok tapi ajak orang tengok diorang semua tak nak.  Uwwwwaaaa Nak nangis la macam ni.  Korang ni kena support Dr Rozmey sebab tahap confident level dia is very high.  Dan dia buat hal lagi....  [ link ]

Ada... memang ada couple bermadu.  Sungguh tak percaya sangat.  Macam mana ya orang boleh tahan dengan couple bermadu ni.  Biasanya bermadu ni untuk orang yang berkahwin je.  Ni tak , bercouple pulak bermadu.  hahaha. Lawak lawak.  Apa-apa pun saya memang sudah tidak geli geleman dengan perkara ini.  Sebab dah dua kali saya ada kawan yang bercouple dah mereka bermadu. Jeng jeng jeng.


 Google: cerita atas ni memang gila tak best.


Teringat sewaktu di UiTM Kelantan.  Ada seorang kawan yang bermadu kasih.  Di sebabkan terlalu sayang punya pasal " I sanggup bermadu  Bee, I sanggup, asalkan you milik I ".  Okey nampak macam gempak je.  Dan kekadang saya terlalu salute dengan orang macam ni sebab dia boleh bertahan tahap cemburunya.  

Dan mereka berhubung sesama sendiri.  Bayangkan madu berhubung sama madu.  Call call " Hai, apa khabar, buat apa tu? "  Wah.. Kalau saya memang saya dah gigit-gigit dinding dah.  Apalah kau buat ni kawan.

Dan mereka juga ada bergaduh tau.  Bergaduh sebab jeles.  Call-call gaduh mulut sebab jeles.  Haiyaaa itu pasal I sudah cakap sama you, mana ada madu itu sentiasa manis.   Dan akhirnya mereka berpisah sebab perempuan itu berkata fitnah.  Kan aku dah kata.


Google: Ini adalah madu bukan madu.  Faham tak?
 

Okey, kisah kedua pulak.  Emm nak kata handsome tak handsome mana pun.  Tapi ada dua awek ya.  Dan kedua-dua awek dia sangat memahami.  Apa apa pun tak boleh cakap banyak.  Dah tengok diorang bahagia.  Semoga sampai di jinjang pelamin la.



Hahaha, saya bukan tergolong dalam perempuan yang boleh bermadu.  Ya saya boleh bersabar. dengan sangat tinggi sampaikan peluru nak masuk kat hati pun peluru tu terpelanting balik ke arah orang yang tembak tu.    Tapi tahap kesabaran saya adalah bukan untuk dimadukan.   

Kepada yang pernah di madukan.  Saya ucapkan syabas sebab awak adalah orang yang sangat sangat sangat tak kuat cemburu. :)

Sekian terima kasih.  Tak nak ajak saya tengok Dua Alam ke? Haha, Bla Ding Ding!

21 komens:

Mr H said...

Tak nak ajakkkk :p

-telordibasuh- said...

haha..jom couple..

relevan said...

Ha ha..bermadu yer.. macam dialog ni '' yah abang balik bawa madu ''..sambil memegang 2 botol madu..

si isteri mati mati ingatkan suami dah kawin lain dan bawa madu beliau balik rumah..

AiN Z said...

@Mr H

takpo tak nak ajak takpe.... hahahhaha

AiN Z said...

@-telordibasuh-

jom.. janji jangan bermadu ye.. hahahhaa

AiN Z said...

@relevan

hehh dialog mana ni? sangat kelakar..

Kamil ace[tm] said...

haha, ingt nk ajk couple, terkejut ok.. :P
ade jugak ea mcm tu, setakat ni x penah jmpe lg..

areev19 said...

jom tgk DUA ALAM! erk..apekah?? haha

Cik Su said...

ye ke tak cemburu..padahal periuk belanga tiap2 hari pelanting keluar rumah

anis madu said...

haha. tak sanggup la couple bermadu. tak setia la tu maknanya. dalam erti kata lain, TAMAK. aemua dia nak.

MFS said...

uih..macam best ja madu madu neh..boleh try neh..hahah ;p

AiN Z said...

@Kamil ace[tm]

ada kamil.. saya pun tak faham la dengan diorang ni.. mcm2 hal.

AiN Z said...

@areev19

kah kah.. jom la tgk dua alam.. sy belanja.. hahahha

AiN Z said...

@Cik Su

hahahhaa... cik su.. mmg macam2 perangai.. kalau sy jeles saya bagi jelingan tajam 360 darjah ... bagus tak?

AiN Z said...

@anis madu

mmg tak setia.. T___T minta di jauhkan.. amin..

AiN Z said...

@MFS

haaa cuba la ye.. cuba sampai awek awak nanti bagi tamparan wanita..

Munirah said...

tak leh lah nak madu2. jeles. :D

Anonymous said...

belum kawin pn da dimadukan..baik cari lain je dr truskan dgn org yg camtu..eeee...tp tu la kdg2 kita x expect ade org sggp trima pasangan die menduakan die sbb die syg sgt2 kat org tu..tp......ish xle diterima btul la..

Al - Mu'allim said...

salam 'alaik
Menarik juga kisah ini. Serius, kali pertama dgr couple bermadu. Aduh, pening dengan budak2 zaman skg. Apakah ini kerana mereka adalah bimbo

Ain Zulaikha said...

@Al - Mu'allim

ahhaha nak kata mental pun tak leh gak.. ye dak ?

Uchi kay-f @hmad said...

sy akan 'madu'kan isteri sy sekiranye jika sda bertemu jodoh,lagipule ia baek pd kesihatan luaran & dlman...lalalala










kasi madu lebahlah,hi3....