May 11, 2010

blog.blogger.blogspot.blogging. ツ

Assalammualaikum and hai kepada anda di luar sana yang selalu termenung tu, lebih baik jangan termenung, kang jauh sangat susah pulak kan?kan?kan?
so stop and pandang ke depan ,
this 2010 umur saya gonna be 20 this augustos!! argh.. not believe it until all the people said

Ain U not dreaming, its reality, so stop menung-menung

thats why, dont menung-menung untuk bermimpi something yang tak kan muncul / datang..ok?


 
mengapa berblogging?
berbalik pada dah lama tak berblogging. selama ni saya tulis di blog tak pernah rasa puas. Blog ini since January 2010.  Dah buat padam dan padam.. kalau boleh nak yang terbaik untuk diri sendiri. Sebolehnya rasa nak seluruh dunia tahu perasaan saya dan macam-macam ayatlah yang saya nak tulis , sebab kalau tak puas hati taip je cerita panas dan publish and war-warkan kat mukabuku saya. dan itu mengaibkan orang..betul tak? so dengan itu saya takmo2x la jadi orang yang kejam seperti zionis dan sifat sabar saya yang asli serta semulajadi lagi cantik ini perlu dikekalkan sementara saya masih muda dan tidak memerlukan parut-parut di dahi, pipi mahupun hidung saya ni. (_)

sekarang ni tujuan saya berblogging adalah untuk bersuka-suka , berkongsi cerita , mengeluarkan pendapat dan menghilangkan tension yang ada. seperti semua orang, berblogging mereka selalu meluahkan rasa kejam hati mereka, tetapi saya tidak!! itu tidak sihat untuk berblogging, kalau terkena apa2 korang terimalah padahnya. silap-silap hari bulan kang kena saman malu dengan sesape kang nahas korang dan tak tentu pasal betul tak?? (◠‿◠) so korang kena sedar untuk meluahkan isi hati boleh, tapi jangan melibatkan nama yang hidup mahupun yang telah mati oke? tak baik tu. ^.^

Berblogging ni juga untuk memasarkan atau mempromosikan barangan yang korang jual. oke. contohnya korang jual baju,kereta,motor,photoshoot,wedding planner,butik,jahitan,tempahan,kerepek ke, jual kuih ke, even jual nasi lemak sekali pun korang boleh tulis dalam blog ni, its free.. tak payah susah-susah nak buka kedai sendiri dan bersusah payah menghabiskan duit untuk sewa kedai dan buat iklan sana sini. Ramai orang sekarang promosikan jualan butik mereka even mereka ada butik sekali pun untuk mereka dapat memasarkan barangan mereka secara meluas di dalam negara mahupun di luar negara, dan jangan terkejut beruk la kalau ramai yang kaya raya di Malaysia ni. Contohnya, saya ada satu pengalaman di mana saya sangat teruja melihat kucing-kucing parsi yang sangat cute seta kacak dan cantik itu, lalu saya pun melihat harga dari 400ribu ke 900 ribu "RUPIAH".. dan sangat murah kan?? (⊙▂⊙). so saya dengan muka agak tak malu mula lah membuat langkah sejuta untuk bertanya kepada cik gagan. dan apabila saya mendapat harga dari beliau



1,7 rupiah not include shipment [for yours]

wow!! kamu fikir aku ada moneynya? ini bermakna untuk beli kucing kat sana dengan harga anggaran termasuk shipment, ouhhh shit!! hampir RM1000!! and I give up for that and apa boleh buat? boleh melopong dan melihat sahaja lah kucing yang kacak itu daripada jauh. sadis nya.

hurm.. ada jugak mereka yang berblogging ni mereka mempromote diri sendiri.   Or erti kata lain adalah, mencari publisiti.  Mungkin promote diri untuk rancangan reality ke, jadi model sambilan ke, vote sana vote sini or so what ever, so mereka dengan muka tanpa notis mempromote diri sendiri. yeahhh itu adalah keberanian yang tidak dijangkakan...



ada juga orang berblogging ni semata-mata nak beritahu dengan siapa mereka sayang or dalam kata lain its .. sangat sweet.. and no komen.  Tak berani nak cakap banyak sebab mereka ada hak mereka kan?  Kan?  Kannnn?

dan banyak lagi sebenarnya, ini adalah sebahagian dari pendapat saya.  Apa-apa pun ikut korang lah menggunakan kretiviti korang nak tulis apa pun dalam blog korang asalkan tidak melanggar undang-undang dan sensitiviti orang lain serta kaum oke? dah habis dah. saya nak solat maghrib pulak ni.

2 komens:

Anonymous said...

keep it up..=')

Mars Mell-o said...

i like ur painting :)