Ingat lagi tak entri saya yang satu ni PENUKARAN UJRAH ? Alhamdulillah dah berjaya dah pun. Dari 4% kepada 1% Boleh jimat beratus setahun. Make sure korang dah layak ujrah tu bayar lah ikut jadual yang dia orang dah tetapkan.
Kali ni saya buat kerja gila lagi. Saya tengok ada tawaran diskaun dari PTPTN sebanyak 20%, pehtu buat lah kira-kira. Sekejap tengok duit dalam bank, sekejap tengok baki dalam penyata PTPTN. Kau rasa?
21 JUNE 2018
So saya saja-saja buka messenger facebook cuba CHATTING dengan PTPTN Facebook Page. Dah ai kebosanan dekat rumah sajalah nak ajak borak.
PERKARA PERTAMA YANG KORANG KENA BUAT
Pergi dekat laman web ni http://www.ptptn.gov.my/bajet2018/index.php
Isi apa yang patut, nanti sistem automatik kirakan jumlah hutang dan diskaun yang korang akan dapat.
Pehtu, Print lah sehelai nanti
Lepas dah kira-kira segala hutang-hutang yang ada haritu 😆 tetiba pulak terasa macam Allah kasi hidayah masa tu jugak nak bayar lamsam. Huish boleh jimat RM500+ banyak tu. Boleh shopping dekat shopeyaaa. lazadiaaa. 😚
Pehtu saya minta izin suami nak bayar lamsam, dah jadi bini orang kenalah minta pendapat dulu walaupun bukan duit beliau. InsyaAllah ciri-ciri isteri solehah 😆
24 JUNE 2018
Saya pun melangkah kaki kanan pergi jumpa pegawai Pizza Hut PTPTN The Mines sambil bawa penyata yang saya suruh korang print tu.
Kebetulan saya berurusan dengan pegawai yang sama. Beliau pun ada dekat situ. Saya memang sorang-sorang je dekat situ, tak da orang lain. Tapi kena juga ambil nombor, jangan terus terjah walaupun tak da orang.
" Assalamualaikum puan, saya nak tanya lah , cuba tengok penyata saya ni, saya print dari website bajet PTPTN, saya layak tak untuk bayar lamsam? "
( Sebenarnya semua orang pun layak, saya saja nak confirmkan sebab saya ni belajar malas, belajar sekejap je terus berhenti. )
" Waalaikumsalam puan Ain, layak puan, semua peminjam PTPTN layak dapat diskaun ni "
" Kalau macam tu, saya ingat saya nak bayar lah, tapi boleh guna kad debit tak? "
" Boleh puan "
( Masa ni kad debit saya limit keluar sampai 500 je. Then terpaksa pinjam lah internet dari laptop dia orang, jangan risau dia orang memang akan tunjuk bukti dia orang clear cache history ke blabla dekat laptop dia orang tu. Tapi nasihat saya, korang tukar lah siap-siap limit kad debit tu dekat website sebelum ke kaunter untuk jaminan keselamatan )
Okey settle 80% hutang. Sekarang kita tunggu dapat surat selesai hutang pulak dari PTPTN.
29 JUNE 2018
Dah bayor, hati pun tak menyabar nak tengok hutang tu di reduce. Sebab tengok masih tak da update dalam penyata baki dekat website Anjung PTPTN, saya pun ajak lagi dia orang berborak lagi
kasi skrinshot penyata baki tu sekali dalam chat tapi tak perlulah tunjuk dekat sini kan huhu
pihak PTPTN pun reply kat bawah ni
pihak PTPTN kata 8 July 2018 baru boleh cetak surat pelepasan hutang dari website PTPTN bajet 2018. (Korang tolong lah kirakan berapa hari tempoh sah nak dapat surat selesai hutang tu, aku tengah ngantuk ni)
Lepas saya langsaikan hutang PTPTN, saya dapat langsaikan hutang2 keluarga sekali. Alhamdulillah. Rezeki Allah kasi awal langsaikan hutang semuanya dengan hasil duit berniaga. BEBAS HUTANG JULY 2018. 😍
Oh ya tawaran diskaun 20% ni sah sehingga 31 Disember 2018
Dengar cerita, kerajaan dah luluskan siapa gaji bawah RM4000 boleh tangguh bayar dulu ya? Huntunglaaaa
Ada soalan?
Email saja ainzs0408[at]gmail[dot]com
5 komens:
Alhamdulillah ejulz dah habis bayar..
Masih berblog lagi ejulz? Terbaikkk , kita ni cam chipsmore hehehe
Lamanya tak blogwalking ke sini. Teringat time join contest cerpen kat blog ni dulu-dulu, hahaha
Masih aktif ye blogging?
Thank you for sharing in this article
I can learn a lot and could also be a reference
I hope to read the next your article updates
Hi, we are team Tangerang digital, just share new article from Masirwin Blog - Digital Inovation Enthusiastic for you...
- Kelebihan Wisman Butter untuk Kue
- Daftar Harga Hardisk Eksternal 1TB
- Makna Imlek Tahun Ini
See you, from Irwin Andriyanto
Do you need Personal Loan?
Business Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 4 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 72hrs
Get unsecured working capital?
Email us: fastloanoffer34@gmail.com
Whats-app us on +918929509036
Post a Comment