May 29, 2010

DiGi Always the smarter choice

Sudahkah anda menjadi pelanggan DiGi?  Belum? Ya, anda perlu 1. Cewahhhh!


Yeah, edisi promomot sudah kembali...... kahkahkah.


DiGi ni merupakan rangkaian nombor telefon bagi saya sangat lah murah untuk student dan orang dewasa juga.  Tak hairan lah kalau saya pakai DiGi ni mungkin lebih dari 4tahun, Errr, ingat-ingat lupa.  Tapi nombor telefon sentiasa bertukar mengikut peredaran masa dan ketika juga.  Hee.


Sentiasa mengikut perkembangan DiGi adalah sangat best, hari-hari duduk tercegat macam orang tunggu durian jatuh tak guna juga.  So apa kata anda check this out!  











So saya nak bercerita pasal DiGi Postpaid dulu.  Best gila okey.  Bila korang pakai rasa macam feel free je.  Bebas nak telefon sesiapa.  Kalau boleh dah tak kisah dah berapa ringgit pun kita telefon terutamanya kalau anda menelefon, hantar SMS dan MMS boyfriend anda selama 24jam darab 7 hari berapa? selama itu jugak lah adalah FREE OF CHARGE!!  Percaya tak? percaya tak?  Nampak sangat tak percaya.  Okey mari saya tunjukkan.



BULAT MERAH  Ternganga budak kecik tu tengok.  Anda pun patut ternganga jugak lah.  Ternganga tak sekarang ni? Hehehe, jangan nak tipu ternganga la tu kan.  Okey , UNLIMITED FREE CALL, SMS dan MMS.  Itu ada syarat dia.  Anda mesti ambil plan yang bijak.  Fikir dulu sebelum APPLY.  Okey?


Dulu saya menggunakan DiGi Postpaid Plan Family.  Iaitu Main Line perlu membayar sebanyak RM50 tiap bulan dan Supplimentary pula kena bayar sebanyak RM30 tiap bulan.  Dulu Fee permulaan sangatlah murah.  RM50 Main dan RM50 untuk Supp.  Untuk yuran sahaja ye, lepas tu bulanan baru lah RM 30 untu Supp.  Supplimentary seramai 5 ke 6 orang sahaja.  Tapi sekarang ni, tak tahulah dah berubah atau belum.  Mungkin masih lagi sama.  Addition korang akan dapat nombor yang sangat cantik.  Dulu nombor saya yang paling cantik adalah 3334*** sampai sini saja tak boleh lelebih okey.  Hehehe.


Di dalam Family anda mungkin ada 5 orang something, dan sebanyak itu anda boleh call semua dengan FREE OF CHARGE.  Masih tak percaya?  


Knowledge: Percayakah anda saya pernah tak tidur malam kerana addicted dengan CALL CALL AND CALL saja?  Hehehe..  



Okey, RM50 bukan untuk anda call family saja untuk FREE.  Malah, RM50 itu di jadikan sebagai Prepaid untuk anda menelefon orang lain.  Kalau pakai RM 50, RM50 jelah anda bayar.  Kalau anda pakai RM48.50, masih lagi juga perlu membayar RM50, tetapi jika anda memakai RM55.90, anda perlu menambah RM5.90 jadi jumlahnya RM55.90.  Sama seperti Supp juga ya.


Gila tak nak apply, mesti kena apply juga.  Terutamanya kepada orang yang asyik duduk topup memanjang.  Bayangkan, dalam sehari saya topup RM10, dan selalu buat panggilan telefon.  RM10 darablah dengan 30 hari.  Makk aiiihh!  Kaya betul nak keluarkan RM300 untuk sebulan?  So DiGi Always the smarter choice! :) 



Kenapa saya bertukar kepada Prepaid sekarang ni?  Sebab saya tidak dapat pinjaman pelajaran , hehehe.  So terpaksa bertukar kepada Prepaid pula.







DiGi Campus memang best jugak.  Murah.  Sesuai untuk student2 .  Sebab, after RM2.00, korang boleh telefon semua Nombor DiGi free untuk 1 ari.  Tengok, FREE LAGI!!  Malas lah nak cakap kan, DiGi memang sangat baik hati sebab dia memahami budak yang suka bergayut ni. hehehe.  Free SMS untuk 11 nombor F&F or kata lain, Friends and Family.  Free je.. FREEEEEEEEEEE JEEEEEEEEEEEE!!!!


haiyooo, manyak baik hati la lu olang, Sayang DiGi!

Siapa pengguna DiGi memang tak kan mengeluh kalau nak hantar mesej or call nombor Maxis, Celcom, Umobile ke, sebab kredit tak luak pun bergayut!!  Kahkahkah.  Ohh, saya Teruja pulak.


Nak kongsi satu cerita.  Saya pernah satu hari tu batalkan DiGi atas sebab-sebab tertentu,  sebab dekat Kelantan area UiTM saya dulu tempat nak bayar bill tak de.  So sebab tu bertukar.  Bukan bertukar macam Power Rangers ye adik-adik,  tukar ke rangkaian lain,  Bila bertukar saya rasa sangat mahal.  Sekejap je dah tinggal ni, macam tipu je.  Memanglah rasa macam tipu.  Kalau orang tu dah biasa pakai rangkaian tu mesti dia rasa biasa. 


FAKTA: DISINI SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENUKAR BALIK KEPADA DIGI !!!

Tengok saya akan pergi ke DiGi balik.  Macam kanak-kanak yang menangis inginkan barang mainan, akhirnya dia akan menangis untuk pergi ke mak dia jugak, betul tak betul tak?  Jangan tipu!! Sebab itu,  DiGi Always The Smarter Choice. :)


Ermm, apa lagi ye yang menarik. Emm, haaa, kalau korang dah buat bill ni, korang akan dapat point bonus kata orang melayu mata ganjaran.  Kumpul lah banyak-banyak, sebab korang boleh redeem SUCH as, Diskaun RM12, Coupon Shopping, Paling best boleh redeem HANDPHONE!!!!!  Saya nak jugak.... hehehehe.  




 Selain tu boleh menang kereta dan Apple Macbook.  Siapa tak nak beb? 




Dan boleh Facebooking juga ye.

6 komens:

ak1uNO said...

wah2..promot digi nampak..heheh..=)

AiN Z said...

mestilah, kitakan dah tua dah, kena lah promot kat anak2 lain pasal digi ni. hehehhe

ak1uNo said...

haa anak2 smua dgr pkcik aki n makcik Ain ckp ni..DIGI alwys the smartest choices..hehehe..

AiN Z said...

good :)

dabuldahi said...

haha.. pakai digi memang la jimat..
tapi.. tak ramai member2 pakai digi.. terus kensel niat..

oh ya.. lupa..
nak tahu?
penggemar number digi siapa??
indon, bangla dan myammar..

macam mana tahu?
hari-hari jual topup.. hihi..

" abg, diji adak gak?"

Amanda Sasha said...

digi easy lagi best.Yang penting ada kredit, boleh call free dekat buddyzz wohooo!