May 16, 2010

Terima Kasih Cikgu

Saya ingat lagi, dari saya darjah satu hinggalah darjah 5 , 1k,2k,3k,4k,5k . Apa k tu eh? 1000 ke? 2000 ke? haha. Korang ni kan! tak kan tak tahu? Eleh, kat sekolah dulu tak kan lah korang tak de kelas nama pelik2 , macam 1 Guli? 1 Elit? 1 Comel? or 1 Gedik? ahha! korang kelas tu la kan? Yes! saya di dalam 1 Kenanga sehinggalah darjah 5, apabila darjah 6 saya di naikkan ke kelas Dahlia, mungkin time tu Otak baru nak pick up cepat. ;D seronok nya waktu sekolah rendah dulu tak banyak benda kena fikir, fikir sekolah je la.

Wah, bestnye . Dapat hadiah pensil dari cikgu sebab menang pertandingan mewarna bendera sempena hari kemerdekaan. haha. comelkan? Anak murid siapa lah tu eh?

Teringat jugak budak yang suka buli budak perempuan, budget hensem la tu. Cekiknya leher saya dan syafiqah lepas tu dia tolak nya kat almari, jahat betullah kau. Pensil box warna hijau kot, dalam tu ada pemadam warna pink dan beberapa batang pensil. Budak tu pergi balingnya kat belakang sekolah! Hoy2! Kau ingat itu jiran kau yang beli ke hah? Memang geram.

Aiyakkk! Cikgu BM sudah mengamuk. Dia baling buku saya depan papan hijau. Bak kata orang cikgu tu tengah period. marah je kerja nya. Memang kerja cikgu suka marah orang ke? Itu time kecik selalu fikir macam tu. ;p

Bila saya sudah meningkat remaja , tingkatan 1, 2 dan 3. Time tu memang saya suka belajar bercinta! sampai semua cikgu tahu saya berpasangan dengan siapa. Kitorang sama2 dalam PBSM, sama2 dalam Pustakawan sama2 dalam rumah Merpati, sampai cikgu Khawarizmi and Cikgu Muain serta Makcik saya yang jadi cikgu kat situ pun dah kenal da kitorang ni. hik2..

Then dia cemerlang dalam PMR saya pulak kantoi . Maklumlah anak manja. Balik rumah menangis teresak2 macam orang nak bunuh diri . Cikgu sori sebab saya bercinta masa belajar bukannya belajar masa bercinta. ha??

Bila dalam tingkatan 5, habis SPM memang tak sabar nak tamat sekolah. Jangan memain eh, saya selalu kutuk cikgu BI saya yang sangat lawa tu. Dia suka marah2 saya. Sebab saya selalu guna BI tak betul. Cikgu macam mana nak betul? sebab saya dari Malaysia ;) bukan dari English. Memain pulak eh? SPM saya alhamdulillah okey cukup2 makan nak masuk IPTA :)

Semuanya sudah berlalu kini saya masuk belajar menjadi MAHASISWI , saya sendiri sangat berbangga dengan diri sendiri sebab sampai sekarang saya belajar. Walaupun saya ni pemalas orang nya nak bangun awal pagi. haha. Sekarang orang dah tak panggil cikgu orang panggil Madam, Miss dan belajar pun secara santai. Selalu jugak nakal2 ;p Semester 1 sudah berakhir, semester 2 pun dah habis sem depan masuklah sem 3. Tulah ain hari tu masuk UiTM Kelantan keluar pulak, nangis 6 bulan tak berhenti2 nak balik rindu mak. Anak manja kau ni! (¬_¬)

Memang saya suka mengarut

Sebenarnya just nak wish

Selamat Hari Guru, Lecturer, Pengajar


Dekat semua yang pernah mengajar saya termasuk Mak saya jugak

Thanks so much! Love you all..

0 komens: