Jun 10, 2010

WASIAT SEORANG KAWAN

Saya akan melakukan ini secara SOPAN.  :)  Luahan seorang Hamba Allah yang sedar betapa ruginya ada kawan seperti mereka.

Di dunia ni, tak kan terlepas dari menghadap kawan yang makan kawan.  Mereka2 ini berfikiran bahawa dunia ini adalah mereka yang punya.  Hang hengat hang HOT ka?  Adik saya lagi HOT.  Mereka juga berpendapat


" Alah siapa nak berkawan dengan orang macam dia " 


oleh kerana mulut saya yang banyak tertutup daripada terbuka seperti mereka sehingga raksasa pun boleh masuk. 

Saya tak mengata dekat orang yang peramah [semuanya]  tetapi mereka2 yang tak pernah menghargai seorang kawan yang banyak menolong mereka dan memasang telinga semata-mata untuk mendengar masalah bodoh mereka itu!  Adakah saya bersalah dalam hal ni?

Saya ada berjumpa seorang ustaz a.k.a kaunselor  iaitu salah seorang pensyarah saya.  Saya menceritakan masalah saya dalam berbagai emosi, serius, ketawa dan menangis akhirnya.  Ustaz itu pun memberikan saya tisu.  Lalu saya kesat air mata saya dengan penuh sopan dan ayunya. Hehehe.

Saya dihentam dengan berulang kali soalan yang sama


"Kenapa awak minta maaf , awak kutuk diorang ke? " 


mungkin lebih 10x.  Ustaz itu menyedarkan saya dan betapa bodohnya saya sebab minta maaf dekat orang yang memfitnah saya.  Ape kejadahnya semua ini?

Awas!  jangan jadi terlalu baik dekat minah rempit dan si plastik.  Itu adalah pesan saya.  Tak cakap pun tak boleh kawan, nak kawan boleh tapi .... faham2 je lah...

Mereka berpura2 baik di depan saya tetapi di belakang saya mereka mengata dan memburuk2 kan saya.  Sedih gilerrrr..  Cuba bayangkan korang dengar  masalah diorang, sakit telinga dengar sampai panas asyik cerita masalah pasal lelaki lelaki  lelaki.  Yang sorang ni pulak tak habis2 suruh orang kirim kirim kirim.  Then tup tup bila dah bergaduh mulalah tak mengaku saya ni kawan diorang.  Hai budak mentah.  Umur dah meningkat 18 tahun nak cari gaduh.

Dan ni semua sebab sorang  lelaki, Ouhh.. Kawan baik korang ye laki tu?  SO saya ni apa?  Tunggul ? Sampah? Korang nak guna, gunalah, tak nak, buang, macam tu? Korang nak kat laki tu? cakaplah.  Saya tak kisah lah, laki tu lagi banyak tolong korang dari saya kan?

Hemmm....

Hal peribadi saya nak masuk campur siapalah suruh?  Nak jaga tepi kain orang tapi kain sendiri terkoyak dan  terdedah.  Tak nak pulak jaga.  If saya kata saya tak suka urusan peribadi saya diganggu oleh orang lain, its mean saya tak suka!!  So lu pikirlah sendiri apa yang lu orang buat kat saya.  haha.  

Dan alhamdulillah saya dah boleh face dengan problem ni.  Kalau tak dulu hari2 menangis nak berhenti kolej sebab tak tahan dengan semua ni.  Memang kalau korang kena dan korang adalah orang yang tak kuat memang akan jadi seperti saya.  Orang senang pijak kepala.  Tak boleh ke tengok orang senang sikit?  Yang sorang anak orang kaya, yang sorang ni pulak cakap besar dan perasan cun.  Saya dah kata dah, adik saya lagi cun.

Wasiat saya sebagai seorang kawan. 

Tak bagi barang pun,  Cuma sekadar untuk nasihat.  Saya tahu saya dah minta maaf dengan mereka.  Kali ni turn mereka untuk minta maaf dengan saya sebab dalam perkara ini kaunselor a.k.a ustaz kata saya tak salah dan tak perlu minta maaf.

Korang2, cukup2lah dan berhenti dengki dengan orang yang tak kacau hidup korang.  Kalau tak puas hati cakap depan2.  Jangan buka kelab mengumpat dekat bilik masing2.  Betul.  Kalau boleh tahan sabar senyap je.  Mampus diorang lah nak buat apa nak cakap apa.  Itu adalah kebengapan  mereka.  Walaupun terpaksa tahan sedih dan marah.  Redho je lah.

OhHaha : Nak dapat kawan memang ramai, tapi nak dapat kawan baik memang susah. 

6 komens:

ak1uNo said...

emmm..

ak1uNo said...

k k k..da xpyah pk k..

dak eina (◕‿◕) said...

berhati-hati dalam memilih kawan ye. :)

jojoe said...

ain...
siape wat ain...
ckp ngan jo

omaQ said...

bersabarlah Ain.. ada hikmahnya nanti

-telordibasuh- said...

hehe..sape yg buat ni..biaq telor baling telor busuk kat die hahaa..busuk tau hehehe