Sep 4, 2010

Cerpen: Isteriku XXL

Dulu aku pernah singgah pasaraya, haa, tempat ni memang bagus untuk semua orang yang datang untuk beli dan belah macam tu je.  Memang tak de CCTV.  Macam takde sekuriti langsung.  So aku pun usha barang-barang dekat sana.  Aku teliti satu-satu barang.  Wow tengah SALE.  Banyak jugak ya barang yang tarikh dia masih baru lagi.  Bagus lah kedai ni.  Tetiba aku terpandang kanan dan satu barang besar gila.  Besar dia lagi besar dari aku.  Depan mata aku pulak tu dan ada banyak barang-barang macam corak tapi ada maggi, maggi sedap, ruski. tak beri laluan langsung.

Aku pun tanpa segan silu , tersengih macam orang hilang arah.

Aku: [ bermonolog ] Haish, macam mana aku nak jalan ni?

Aku pun toleh kiri dan kanan, okey kiri dan kanan aku penuh sesak dengan orang yang ambil barang.  Muka semua tengah mengepit entah diorang gelak kan aku atau gelak kan benda besar tu.  Aku cuba tolak benda tu, tiba-tiba...

Mona: [ berpaling ] Hoi, tak boleh bagi excuse me ke?

Aku : Eh.. errr..

Aku dalam hati gelak separuh mati.  Tak tahu nak letak muka dekat mana.  Rupanya perempuan tu pakai baju corak mee segera, berbagai mee segera.  WOndering jugak dekat mana dia beli baju corak tu, dekat hari-hari or dia buat sendiri.  So kretif.

Aku: Cik, saya minta maaf, saya tak tahu pulak..

Mona: Tak tahu pulak aku ni orang?

Aku: Hee, bagus lah tahu.

Aku pun cepat-cepat keluar dari pasaraya tu sambil buat muka innocent. 

Aku: [ bermonolog ] Apalah nasib badan tak dapat beli barang SALE, haish, terpaksa berhijrah pulak.  Pergi beli tempat lain lah.

Aku dengan penuh bergaya, bawak kereta mini cooper old skool.  Kaler Coklat dilengkapi dengan sistem audio yang dahsyat, sport rim aku pun tukar kaler hitam.  Tingkap aku tinted berkilat sebab tu awek-aweks semua suka tengok kereta aku, boleh tumpang make up jap T__T agak sadis.

Di lampu isyarat aku pun tekan minyak saje-saje nak mengorat awek sebelah.  Berkaca mata hitam, rambut perang macam sabut kelapa.  Dia hon aku banyak kali tanda faham yang aku tengah ngorat dia.  Aku pun apa lagi, cuba keluarkan wallet aku.  Aku buka wallet aku then aku tunjuk dia satu-satu kad kredit aku.  Kad kredit aku ada dalam 10 keping.  Gila kaya aku banyak hutang.  Har har har.  Aku dengan tanpa segan silu keluarkan CASH dan tunjuk dekat aweks tu.  Aku menoleh kearah aweks tu sekali lagi,

Aku: [ terkejut beruk ] Mak aii, perempuan ni lagi? Mana datang?

Mona: Woi!! Kau tengok lampu isyarat tu, dah 5x hijau.  Nak jalan tak nak?

Aku : hee hee [ tersengih macam nangka busuk ]

Apesal perempuan tu sekelip mata je muncul dekat situ.  Mana si aweks tadi? Aku dengan wajah hampa jeling sikit je dekat Perempuan yang besar saiznya.  Perempuan tu pun satu, apasal dia tak jalan je terus bila tengok trafik light hijau.  Aku pun pandang sekeliling aku.

Ohh, okey dia tersepit di antara devider dengan kereta mr bean aku , ada orang belakang aku tengah turun dan tolak-tolak kereta aku ...

Aku: Sorry Uncle.  tak perasan Hijau, tadi tengok kuning.

Uncle: Lu pun satu, tau kuning pecut lah.  Buat apa berhenti?


Ada jugakkkk orang macam ni.  Aku ni pun nak dapat lesen P susah , Ujian JPJ 5x amik fel then ambik lagi. Fel, sampai lah duit aku dalam wallet tinggal Rm50 , dalam bank CIMB tinggal RM12.70, maybank RM20.54, ASB tinggal RM10.00 baru lah aku lulus dan dapat lesen P.  Lepas tu nak ajar aku bukan-bukan. 

Aku teruskan perjalanan aku yang jauhnya berbatu-batu.  Agak-agak dalam 2 ke 3 batu untuk ke pasar raya TESCO, Aku pecut dalam 110km/j.  So memang sampai dalam 10 ke 15 minit.  Kalau aku bantai 60 memang setengah jam lah sampai.  Yang paling menarik semua trafik light aku lepas.  Sebab aku tengok lampu kuning aku pun pecut bagi mengelak kan kesesakan lalu lintas.  padahal.

Aku keluar dari kereta, masa tu ramai gegiles aweks aweks dekat pintu depan.  Walamak, dah macam beli 1 free 1, tapi aku mula berfikiran lebih positif.  Ish try jual mahal lah.  Mana lah tau diorang yang mengorat aku.  Kih kih kih.  Aku jalan dalam keadaan slow motion, lagu intro bad romance di putar kan, eh silap silap, lagu jejaka idaman di putarkan.  Aku berjalan lagi dan aku buka kaca mata hitam aku, aku cuba pegang leher belakang dan pura-pura pandang tepi iaitu dekat tempat ramai sangat perempuan.

Fuhhh, cair .... gelimat mat mat... aweks tu semua pandang aku.  Sengih-sengih macam ternampak hrithik roshan turun dari lepas buat persembahan. 

Aku: Handsome sangat ke aku ni? [ tersenyum dan tersengih berkali-kali ke arah semua perempuan dan berjalan]

Pupppp!! 

Aku terjatuh tiba-tiba, terlanggar...............................

Aku: Hah??  Perempuan ni lagi!!

Semua aweks2 dekat situ semua tergelak-gelak.  Malu betul.  Aku mula naik berang.  Aku bangun dari tempat yang aku jatuh tadi dan aku marah perempuan itu.

Aku:  Apesal kau buat muka tak bersalah?  kenapa kau ikut-ikut aku ni??  Tengok aweks dah lari.  Buat malu aku je..!!

Mona: Abang, ooo abang.  Apesal marah-marah ni?  awek apa pulak ni?

Aku: kau jangan buat macam orang tak faham bahasa pulak!!

Mona: Ooooo, abang ada perempuan lain yeh?? [ geram ]

WEHHHHH!! WEHHHHH!! perempuan ni berani betul tampar aku.  Bergegar satu rumah.

Aku: Haik?? rumah?

Tiba-tiba aku tengok diri aku yang sedang berkain pelekat, perempuan di depan aku ni sedang membeliakkan matanya.  Ada beberapa orang budak tengah bermain,  Alamak!  rupanya aku mimpi dan  perempuan XXL yang selalu datang masa aku tengah nak takle awek tu  adalah isteri aku!

10 komens:

Haziq Zainal said...

best gila!
haha so cerpen kedua ajid jadi watak utama kan kan? haha

unknown said...

hantu sungguh..egtkan real td..heehe..
*baju megi-megi pun ada ek..

Amir Izzat said...

salam..

wah! berbakat ar Kak Ain..(kak kan?)..ingatkah kisah betul..mula-mula baca..bila masa plak tuan blog nie jadi lelaki..bila dah habis..ohh..cerpen la..hahah..slow sikit..

lawak gak cita neih..kah3

Atsuko said...

harharhar...
gatal noh laki tu...

Ain Zulaikha said...

@Haziq Zainal

ajid, boleh jugak kalau ajid nak jadi watak seterusnye.. sila daftar dengan segera.. hehehehe

Ain Zulaikha said...

@mohd syafiq

hee hee.. tak de la.... tu lah orang zaman sekarang sangat kretif mencorak baju dgn bernas..

Ain Zulaikha said...

@Amir Izzat

amir izzat umo awak berapa? hee hee.. jgn lupe baca cerita seterusnye akan datang.. :)

Ain Zulaikha said...

@Atsuko Ichirou

lelaki suka gatal.. tapi ada jgk laki yang tak gatal.. nyamuk tak sempat nak gigit.. hee

Haziq Zainal said...

nak! okay dah daftar ;)

Ain Zulaikha said...

@Haziq Zainal

heehee, next cerpen ada lah nma ajid nanti..