Oct 19, 2010

Assignment? Teamwork is Important!!

Bacalah...

Salam and happy good day.. Seperti yang awak tau, saya memang lama sangat tak update blog sebab tak nak bagi sebab, sebab FB selalu terON.  So Blog adalah sesuatu perkara yang sangat tidak boleh di berikan alasan sama sekali dua kali dan tiga kali.  

Andai kotak dalamnya diletakkan air, pasti akan hilang juga.  Faham tak?  So apa yang nak saya katakan, bukannya senang nak buat sesuatu benda tu dengan kepuasan yang maksimum.  Kalau kita buat then tak menjadi kita perlu melakukannya sekali lagi agar air itu tidak akan hilang dengan cepat.  Ada faham sikit?  Bahkan juga semuanya akan menjadi sesuatu yang real kalau kita pandai mengaplikasikan kotak dan air menjadi sesuatu benda yang ada persamaan supaya mereka berjaya bersama.  Masih tak faham lagi?  Lupakan saja.  Memang sengaja nak panjangkan penulisan ni.

Assignment.  Teamwork.  Ia sangat penting.  Sangat lah tidak patut kan kalau awak biarkan kawan awak sorang je buat assignment?  Contohnya every assignment awak diberikan 2 rakan kongsi gelap.  Diberi tugasan untuk membuat kertas kerja yang berharga RM100,000.  Adakah awak nak biarkan kawan awak sorang je yang dapat ganjaran sebesar itu?  Tak nak kan?  Tak nak kan?  Saya ulangi... Tak nak kan??  So marilah kita bersama-sama menanam sikap tanggungjawab bersama-sama untuk menuju ke depan.  Study for your future..

Kita hidup kat dunia ni diberikan keistimewaan yang sama rata.  Kita ada Sepasang mata yang sangat cantik, hidung yang boleh bau semua, mulut yang boleh bercakap, sepasang tangan yang berguna dan digunakan, dan sepasang kaki yang berguna dan digunakan juga.  So apa kata kita guna kan keistimewaan tersebut bersama-sama supaya kita boleh capai apa yang kita nak sama-sama.  Ke awak nak saya padam nama awak pada cover page ?  Ohh, saya tidak sekejam itu.  Saya masih lagi boleh bertimbang rasa.

AWAS!! Satu hari nanti, kalau orang ramai perasan sikap awak yang tidak ada tanggungjawab dalam melakukan hal assignment, awak akan di pinggirkan.  Percayalah.  Saya sebagai kakak di sini, tidak mahu awak dikecewakan dan dipinggirkan.  So tolonglah berubah demi masa depan.  Diam bukan bererti setuju, tapi diam untuk menjaga hati.  Sebab awak sorang je yang berperangai macam tu.  Shhh....

5 komens:

-telOrDibAsuh- said...

tgk si ain dah serius!!!!...
heeheh...garang2

HaN WarreN said...

sound jela depan2 pada yang berkenaan..baru terang sikit dunianya heheh..

megat mahathir said...

mode FB


"like" :)

Fello Ariza said...

ape yg penting? kerjesame (ala2 wonderpet) hahak

Azam said...

hidup berpasukan kan lebih bahagia...hehe