Salam sejahtera hendaknya, konpius tak tau nak buka FB ke Blog masa macam ni, busy panjang2.. final is around the corner, MashaAllah... Mungkin saya rindu Bool.
Cakap pasal Relationship, macam kita tau, relationship dalam bahasa melayunya hubungan. Hubungan ni ada banyak kategori sebenarnya. Hubungan dengan Allah, Hubungan dengan Keluarga, Hubungan dengan Kawan-kawan, atau Hubungan dengan hidupan lain seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, serangga mahupun alien.
Bila fikir balik, ramai yang mendambakan hubungan dengan seseorang yang faham isi hati kita contoh yang paling ketara adalah.............................. Kekasih Hati. Adakah saya betul? Ya, memang saya rasa saya betul. Hehehe. Hubungan adalah sesuatu yang luas, kita tak boleh pertikaikan hubungan yang rapat bagi seseorang. Kalau orang tu lebih selesa dengan apa yang diorang rapat, kekasih ke, kawan ke, family ke itu hak mereka masing-masing Full Stop
Mari kita tengok situasi yang berkaitan
Situasi 1: Ada sesetengah orang, sangat tidak tahan dengan apa yang diorang dapat. Memang dah tak tahan dah ni nak cakap, tak boleh nak sabar, lagi-lagi dekat rumah dia anak tunggal, mak ayah pula sibuk dengan kerja dekat pejabat. So apa lagi, teddy bear pooh ke, pink panther ke, atau squidword sekali pun, akan jadi sasaran diorang, benda macam ni boleh buatkan diorang puas. Tapi ada la jugak nampak macam kegilaan sikit.
Situasi 2: Komputer? Senang cerita, percaya atau tak, ada orang gunakan komputer untuk mengeratkan lagi hubungan. Dengan istilah popular buat masa ini, DOTA. Adalah sesuatu yang tidak asing lagi untuk melepaskan tensionis. Adakah saya betul? Sila angguk. ^.^
Situasi 3: Kenapa bukan dengan ayah or adik beradik? Sebab ayah sibuk kerja, adik-adik pulak gi sekolah, time mak buat kerja mak angguk je, sebab mak sibuk. So mak adalah pendengar yang sangat baik. Lagi-lagi time mak buat kerja tak de mak ngantuk ada orang teman mak buat kerja. Hehe. Mak adalah seorang yang penyayang.
Situasi 4: Adalah anda tergolong dalam situasi ini? Ini pun sebenarnya okey, tapi kalau nak cerita kan masalah, jangan sampai nak mengaibkan orang ya or fitnah2 orang. Tak payah cakap benda buruk yang tak betul, pakwe awak tak de nya nak syok kat perempuan tersebut. Ok? Ini disebabkan, kekadang buah hati kita, adalah orang yang tepat untuk melepaskan kesedihan, sebab diorang kekadang lebih faham kita dari family kita sendiri. ahaks.
Situasi 5: Situasi ni, ramai jugak yang guna. Tapi pada kebiasaannya orang yang betul-betul dah bankrup ke putus asa ke, baru nak ingat Allah. Betul tak? Jangan tipu! Bila awak dah menghadap Allah, mesti akan rasa tenang. Tenang dia rasa lain macam, sangat damai. Sebab tu ramai yang lebih selesa beribadat dari cerita semua masalah dia kat orang. Saya setuju itu.
Situasi 6: Nampak gedik dan mengada-ngada. Tapi itulah , haiwan kesayangan boleh mengurangkan stress pada diri kita tau. Masalah yang terkumpul cerita je lah kat haiwan kesayangan tu, mesti release gila. Sebab dia seakan faham apa yang kita sampaikan. Then dia tak bantah segala yang kita cakap. So tak sakit hati, belai lah dia. Kepada sesiapa yang suka peluk pakwe tu, peluk lah kucing. Tak dosa. Lagi best tau tak? Ahahaha.
Anda situasi mana? Saya 1,5,6 . : )
GoodForYou: Hubungan perlu dijaga, segala masalah yang ada mesti kita akan cerita pada yang rapat dengan kita. Apabila ada masalah, pasti ada hubungan. Bila ada hubungan pasti ada masalah. Tapi sebab hubungan itu lah masalah kita akan selesai. Hubungan dengan Allah perlu dijaga terlebih dahulu, barulah hidup kita insyaAllah akan diberkati. Amin.
14 komens:
1 ngan 5 ;p
kenapa perlu DATO hehehe
sy no 1 ;)
yann no. 3, 4 & 5 kot.. :)
beramal dgn tuhan, beramal dgn insan.. takkan nak jadik kera sumbang? ya dak? hehehe
haa...ni yan komen....:).....lau yan..pilihan yan : 2 3 4 5 6...tp yang klima tu...yan kurang ckit..tp yan akan usahakan...:)
@crayon
betul itu abg izuari..
@Love is Life
bagus yan... kita kena sama2 usaha..
waa..cantik nya lukisan ain..ajar lah camne nak wat. bua tutorial ke.. :)
ada buat 1 entry khas untuk kamu dan lain lain. jom tengok kat sini :
Mission 1 accomplished! – Saya buat yang TERBAIK untuk balas jasa pengomen di HLN… XD :)
wah best lak blog nie ! =)
@-telordibasuh-
dota la telor... hai yooo hehehe
@Fello Ariza
good :)
@AIman_De_Cloud
thanks aiman, jarang org kata blog ni best.. huhuh
lukisan lawa!!
Post a Comment