Nov 15, 2010

Aku Jambu Gagah

CERPEN INI AGAK PANJANG jadi ini bukan CERPEN tapi CERPAN.


Aku rendah diri.  Aku selalu tunduk apabila berjalan.  Malu?  Ya, Aku seorang pemalu. dan lemah lembut.  Aku selalu diam dan tidak banyak bercakap.  Tidak ramai yang mahu berkawan dengan aku.  Yang ada, perempuan saja.  Itupun , bukan semua.  Aku selalu di hina oleh mereka.  


Nama sebenarku Ilham Danni.  Aku berusia 18 tahun kini.  Aku belajar di Pusat perubatan.  Ya, Aku bakal menjadi seorang Doktor.  Aku dibesarkan bersama sebuah keluarga yang cukup harmoni.  Tidak banyak masalah dan memahami akan situasi aku.  Aku sangat gembira sebab aku masih lagi ada keluarga yang sebegini memahami aku.  Aku tidak pernah melawan kata mereka jika itu yang mereka mahu.

Apabila aku mula rapat dengan perempuan, aku mula sedar bahawa, naluri aku sangat kuat untuk menjadi seorang perempuan.  Aku tak tahu mengapa.  Dengan gaya aku yang lembut auww auww gitu, aku dapat rasa yang, aku cukup ingin menjadi seorang perempuan.  Tapi aku sangat serba salah dengan Nama jantan aku tu.  Argh!  

Pada mulanya, aku cuba memakai tudung.  Tudung litup ibu.  Cantik.  Aku melihat cermin dan muka aku ayu.  Aku puji diri sendiri sebab tak de siapa pun nak puji aku masa tu.  Aku berseorangan di dalam bilik dan mencuba tudung ibuku.  Wah, kenapa aku sangat cantik?  wakawakak.

Hari seterusnya, aku mula mencuri-curi pakai baju kakak ku.  Sesuai sangat dengan aku.  Kaler pink gitu tau.  Kalerpul.  Sangat sweet kalau aku pakai.  Rasanya kalau aku pakai depan orang, agak-agaknya mesti diorang terpikat kat aku.  Aku dibuai-buai angan mimpi untuk menjadi seorang perempuan.

Hari seterusnya, aku pergi ke meja kakakku, kakakku pada waktu itu sedang keluar untuk membeli barang masak.  Aku mengunci pintu.  Aku duduk di depan cermin.  Cermin kakak sangat cantik.  Tak macam cermin aku yang sangat kecil dan hanya ada gel rambut jenama gatsby, sikat, dan talkum badan.  Aku sangat cemburu dengan meja solek kakakku.  Aku mengambil Lipstick merah, bedak kompek dan blusher.  Aku pakai nya ke mukaku.  Alangkah terkejutnya aku melihat wajahku, yang jambu menjadi lagi jambu.   Sweet gila aku.

Dan hari-hari seterusnya, aku berani memakai seperti itu di hadapan rakan-rakan ku tanpa pengetahuan ibu bapa dan keluargaku.  Kawan-kawan ada yang mengejek, ada juga yang menasihati dan aku hanya buat tak tahu.  Aku mahukan diri aku seperti ini.  Aku cuba beranikan diri berjalan diluar.  Aku bangga menjadi seorang perempuan pada waktu itu.  

Tiba-tiba ada seorang lelaki yang selalu sangat mengganggu aku datang di hadapanku.  Dia memanggil aku seperti memanggil seorang perempuan.  Dia sweet2 guna muncung.  Aku terkejut, takut ada suka pun ada.  Berdebar-debar hati aku.

" Hai, err, macam pernah nampak." kata lelaki itu.

Aku mula mengerut dahi, dan aku bersuara.

" Emm... " aku tidak tahu apa nak cakap.

Lelaki itu tiba-tiba tergelak.

" Laaa, Ilham Danni.  Aku ingatkan awek mana tadi.  Kau apesal tiba-tiba bertukar ni?  Kau ingat kau Ultraman apa? " kata lelaki itu dan tergelak terbahak-bahak, di ikuti rakan-rakannya.

Aku hanya diam seribu bahasa.  Aku tunduk seperti biasa.  Seperti aku dahulu. Lelaki itu berani menyelak kainku, dia berani menarik tudungku.  Dia merani membaling pasir ke wajah aku.  Mata aku berair.  Aku terkejut, mata aku kini berair.  Aku menangis.  Ya!  Aku menangis.  Aku menangis seperti seorang perempuan.  

" Laa, kena sikit nak menangis ke? Haha " lelaki itu masih lagi mengejek aku tanpa rasa bersalah.

Kawan perempuan aku yang bernama Yani, datang kearah aku dan dia menarik aku laju.  Dia membawa aku ke tempat lain.  Yani memandang aku tajam.  Dia juga seperti mahu menangis.  Aku rasa bersalah pada Yani.

" Yani dah kata dekat Am!! Jangan pakai macam ni depan orang!!  Am memalukan diri sendiri!! " Yani memarahi Aku.

Aku sangat malu dengan Yani.  Aku tunduk.

" Yani nak Am buka balik semua baju ni, Yani tak suka lah orang buat macam ni dekat Am! " lagi marah.

Aku akur dengan kehendak Yani.  Aku mula berikan semua baju yang telah aku tukar kepada Yani.  Yani kelihatan begitu sedih.  

" Yani, Am minta maaf.  Am tak sengaja. " kata aku memohon apologize.


Yani hanya mengangguk.  Yani boleh lagi memberikan senyuman manis pada aku.



Beberapa minggu yang lalu, aku terdetik lagi mahu memakai pakaian dan kelihatan seperti seorang perempuan.  Aku tiba-tiba terbayangkan Yani, kalau lah Yani tahu, mesti dia kucewa dengan aku.  Aku tidak mempedulikan lagi, aku terus bangun dan bersiap-siap untuk keluar.  Aku memakai dan seperti biasa aku cantik jelita vah vah vah gituwww.

Aku dengan bangganya aku keluar.  Aku keluar memakai kasut tumit tinggi kakakku.  

" Cantiknya aku hari ni, auww auwwwww yewwww " kata aku dengan penuh confident dalam diri.

Dengan langkah kaki kanan dengan ucapan " Bismilillah " tiba-tiba, keluarga aku sudah balik.  Ya Allah, betapa malunya aku.  Betapa takutnya aku , takut mak marah kalau dia tengok aku berpakaian macam ni.Mak keluar dari kereta.  Muka mak kemerahan seperti menahan marah.  Emak seperti amat terkejut.  Ayah pula sibuk mencari rotan, kakak ku pula menenangkan emak yang dalam keadaan terkejut. 

Aku berlari dan terus berlari.  Aku takut ayah akan rotan aku.  Aku takut melihat emak dalam keadaan sebegitu.  Tidak semena-mena, Yani jalan di hadapan ku.  Yani pula yang aku takut sekarang ni.  Yani merenung aku lama.  Dan dia menangis di situ.  Aku pula hanya menangis sendirian.  Rasa takut dan bersalah.

Aku berjalan berseorangan.  Aku singgah ke tandas awam.  Dengan hanya membayar 30 sen, aku menghabiskan masa selama 2 jam duduk di dalam tandas.  Lagipun tandas tu ada kerusi untuk duduk-duduk.  Canggih!  Aku membuka semua bajuku.  Aku membersihkan mukaku.  Aku membuang tudungku.  Aku keluar sebagai seorang lelaki.  Aku jalan berseorangan tanpa teman.  Aku ingin balik ke rumah, aku ingin melihat keadaan mak.  Tapi aku takut, dan Aku ingin jumpa Yani, aku ingin meminta maaf padanya.

Aku telah pun sampai ke rumah.  Aku takut untuk masuk.  Aku menggeletar.  Dah macam parkinson. Aku pula tanpa segan silu

" Assalamualaikum... " sahut aku.

" Waalaikumsalam... " sahut suara seperti ayah.

Ayah keluar, ayah melihat aku seperti aku adalah perompak, perampok atau pun penjahat.  Aku berlari kerana takut.  Beg tangan aku tertinggal di tangga depan rumah.  Aku meneruskan perjalanan aku.  Senyap, sunyi, sepi dan gelap gelita.  Apa yang boleh aku kata adalah.  Aku seperti kosong.  Tiada siapa mahu menerima aku lagi.  

Aku berjalan dan penat.  Aku duduk dan berehat.  Tiba-tiba aku terdengar bunyi satu jeritan.  Jeritan yang amat kuat.  Aku sangat takut.  Aku bangun dan aku ada gaya macam mr. bean time tu, kehulur ke hilir tak tahu nak buat apa.  dan ternampak seorang perempuan sedang berlari kerana di kejar oleh seorang lelaki.  Dan perempuan itu siapa yang dah agak , ofkos lah Yani.  Yani berlari dan menyorok di belakang Aku.  Belakang aku??  Aku nak nak buat apa?  Dan lelaki yang mengejar Yani adalah lelaki yang selalu mengejek aku.  Hati aku berdebar-debar.  Aku tidak tahu apa perasaan ini.  Marah? geram? Lelaki itu berhenti, dan sempat lagi mahu mengejekku.

" Lebih baik kau blah!  Kau tu lembik macam sotong.  Aku jentik je kau mesti tumbang. " kata dia dengan confident.

" Hish.. " muka aku menggarang.

" Apesal muka cam kerang busuk oii?  Dah jambu tu jambu  jugak. " ejek nya lagi.

Aku semakin panas.  Lu bikin wa panas saja.  Muka aku dah macam harimau hitam putih.  



Aku bersuara " Aku jambu, jambu susu.  Bukan macam kau jambu batu.  Aku jambu aku bakal doktor.  Kau jambu apa kau ada?  Jual taik ayam pun tak kan laku.  Aku jambu aku masih teruna, teruna yang gah berdiri untuk selamatkan seorang gadis.  Bukan jambu untuk gah menghilangkan terunanya sendiri.  Aku yang kau cakap macam Ultraman?  Yes, aku Ultraman.  Dan kau sekarang raksasa perosak manusia.  Apa lagi?  Come come.. come here bebeh.. " gila confident.

Gaya aku dah macam Jackie Chan.  Lelaki itu tidak berasa takut dengan apa yang aku kata.  Lelaki itu mara ke depan aku.  Dan berlagak.  Dia membuka langkah untuk menumbuk perutku.  Aku tanpa segan silu, membuka langkah menahan tangannya dengan sekuat aku, aku jatuhkan dia senang je.  Aku cuma pulas telinga, dan menendang perutnya dan tut......nya juga.  Aku lelaki, aku tahu apa kelemahan mereka.  Hahaha.

Yani mengucapkan terima kasih padaku.  Aku menghantar Yani pulang ke rumah.  Lelaki itu mungkin tengah senak di sana.  

Yani dan keluarga Yani mendengar segala luahan aku, mereka membawa aku pulang ke rumahku.  Mereka menjelaskan semuanya kepada keluarga ku.  Pada mulanya keluargaku seperti tidak mahu menerima aku.  Dan akhirnya keluargaku dapat memaafkan aku.  .

Aku sedar akan kesilapanku.  Dalam hal ini aku tidak bersalah.  Kerana aku dilahirkan khunsa.

17 komens:

jaya jr said...

lepas ni mungkin ade CERPAN dlm silibus bahasa melayu sekola menengah..haha

Mr H said...

@jaya jr

haha kak ain.. best lah.. keep up da great work..

cheers..

http://betul3salah.blogspot.com/

AiN Z said...

jaya: insyaAllah semoga mereka akan mempertimbangkan ..

mr. H : hahaha.. awk semua kak ain buat semua best.. bagus betui.. thank u

bspotgurl said...

Best citer ni.. Keep it up

Syat0za said...

nice story :D

Anonymous said...

smua ckp best sy nk ckp xbest bleh?hehehe..eh mrajuk ke?rilex lu der..hahah..crita u best la..its keep me read and read until the end..

Mr Ceym said...

sutun ...

AiN Z said...

bspotgurl: terima kasih, ada cerita datang lagi.. hehe

syatoza: thanks :) rrrrr

anon: semoga datang lagi dan senyum hari2.. haha

AiN Z said...

ceym: sutun :) comel kan dia... auwww

Mr Ceym said...

ain belagak :)

AiN Z said...

aik, berlagak? mana ada T___T

Si Gadis Semasa said...

eheh , jambu susu ? kekeke . comel je statement tu .

AiN Z said...

hehe.. :)

HaNTwO said...

best2...nak copy cite ni leh x?? bagai anak sedar baca :)

AiN Z said...

hantwo: oh boleh :)

-telordibasuh- said...

awwwwwuuu hahhaa

AiN Z said...

telor: mau jadi jugak ka? Jambu Gagah.