Oct 21, 2017

CARA BAYAR MARA MELALUI KWSP

Kerja aku bayar hutang je dari bulan 8 hari tu.  PTPTN dah selesai dah.  Bukan selesai langsai tapi tukar UJRAH haritu.    Nikmat dia rasa macam baru lepas shopping barang dapur.  Mak-mak je yang paham ni.


Nak dipendekkan cerita...


Lepas settle apply tukar Ujrah haritu, saya pun terus search macam mana nak bayar MARA guna KWSP ni.  Sampai lah jumpa page Kalau Aku Kaya??  .  Terima kasih untuk entry yang super ber-manfaat ni.


Dan ni Step Versi LATEST dari hakak Ain Zulaikha tahun 2017


1. SURAT PERJANJIAN MARA

Dengan berbekalkan nafas2 yang dah banyak kali sedut sebab nak atau tak, kena gak geledah stor cari Surat Perjanjian MARA yang dah berzaman batu mana tah guwe letak T___T , cepat2 lah kita pergi cari.  Alhamdulillah, memang kita ni jenis menyimpan resit2 yang kawan2 hutang  dulu  (nasib baik dakwat dah hilang)  *angkat kening


Apa?? Dah hilang????
Sila isi minyak yang harga naik 5 sen turun 1 sen tiap minggu tu, pergi sendiri pejabat MARA minta copy.  Kalau tak nak tunggu lama sangat, boleh call dulu tanya boleh request awal ker surat tu?  Nanti sampai sana terus ambik je.  Jimat masa. 



2. SKROL TAMAT BELAJAR

Apa itu skrol??  Yang korang naik pentas masa graduasi terima anugerah tu.  Tu bukan lesung batu tau.  Bukan juga hiasan masa bergambar je.  Tu lah skrol sijil tamat belajar.  Hah yang ni mesti dan wajib kena ada.  Kalau tak de macam biasa lah, pergi mohon salinan yang baru dekat tempat korang belajar.  



3. EMEL

Step seterusnya, scan no1 dan no2.  Emel dekat bahagian kawalan kredit.  Kalau tak sure boleh contact office MARA tanya nak berurusan dengan siapa.  Macam saya haritu, saya emel dengan Puan Zafirah dan Puan Shafarina (selepas call MARA).  Very easy, sebab tak yah pergi MARA pun.  

Buat lah ayat best2 sikit dalam emel tu, cakap nak mohon bayar MARA guna KWSP.  Attach sekali dengan salinan no1 dan no 2 tu ya.



3A. FOLLOW UP (Jika tiada respon dalam 30 hari)

Kenapa pentingnya follow up?  Sebab masa saya call diorang aritu, memang diorang laju je respon.  Siap minta resend balik salinan.  Tapi lepas dah send details semua, 30 hari tak de apa-apa jawapan.

Saya pun emel semula, tanya lah macam mana nak tahu permohonan lulus ke tak.

Tak sampai 7 hari, respon dah sampai dekat rumah tawww ^^,



4. SURAT PENYATA BAKI PINJAMAN PENDIDIKAN PELAJAR

Sepatutnya bila korang dah send diorang skrol dan surat perjanjian tu, dalam tempoh 14 hari korang akan dapat dah surat ni, diorang pos ke rumah.  korang akan dapat 2 copy.  1 untuk KWSP dan 1 lagi untuk korang.  Surat ni lah korang kena bawak pergi KWSP nanti.



5. ORIGINAL SKROL, SALINAN SKROL, SURAT PENYATA BAKI (No 4) dan BORANG 

Masa nak pergi MARA tu, korang bawak semua item macam no 5 ni.  
➤ ORIGINAL SKROL
➤ SALINAN SKROL
➤ SURAT PENYATA BAKI (ORIGINAL)
➤ BORANG (boleh dapat dekat kaunter KWSP / Print online dan isi pen dakwat hitam huruf besar)


Lepas korang dah habis isi borang tu nanti, minta pegawai depan kaunter receptionist tu check.  Kalau korang pergi kaunter KWSP area Kajang tu, nanti korang kena pergi tingkat M dan ambil nombor dekat situ.  
(Tak perlu print penyata KWSP terus beratur dekat kaunter receptionist untuk ambil borang)


Sign sana, cop sini , tak sampai 5 minit pun semua benda dah settle.  Tunggu lah paling lama 21 hari hutang korang akan ditolak dari KWSP.


Make sure duit dalam KWSP tu kena ada lah ya.  Jangan korang buat semua kerja2 ni tapi duit tak de pun dalam KWSP tu kerja gila namanya.


Masa nak mula uruskan semua ni memang nampak susah.  Tapi bila dah nampak flow, sebenarnya senang sangat.  Lagi2 kalau semua dokumen yang kena ada memang dah ada dengan korang.


Harapnya membantu lah ya :)


UPDATE 31/10/2017

Alhamdulillah selesai sudah hutang MARA.  😊

15 komens:

Cik Puan Ena said...

alhamdulillah dah selesai 50%.. cept habis cepat rasa lega..hehe..

siti fazilah abdul manab said...

Sya dah try buat hari 2..tapi kwsp ckap kursus yang saya ambil buat pinjaman tu tak sama dgn siji yg sya terima..macm mma ye?

razali sharif said...

surat penyata baki pinjaman pendidikan pelajar tu kena mintak dekat ibu pejabat mara je ke. kalau mintak dekat pejabat mara daerah boleh tak.

Dewi Aja said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

uchi kay-f Ahmad said...

hye..dah abis study ehh ain?


ehem ingt sya lagi tk?

Unknown said...

Klau de tunggakan mara still blh bayar mlalui kwsp x?

Unknown said...

Boleh

Anonymous said...

kalau tak habis study..takde scrool tu..boleh kew bayar mara guna kwsp

Anonymous said...

Salam akak,

Kalau nk bayar loan mara guna kwsp sikit-sikit boleh?

i.e. statement 30k, tp nak bayar dlm 3k je dlu (2 Tahun kehadapan)

Nti dah stable sikit mmg tak nk guna kwsp untuk bayar mara.

Possible ke akak? Kalau possible maksudnya nk guna kwsp tak semestinya kena settle semua kn?


Terima kasih

السيد محمود said...



شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة مكافحة النمل الابيض بالدمام
شركة مكافحة الحمام بالدمام والخبر
شركة مكافحة حشرات بالقطيف
شركة مكافحة النمل الابيض بالقطيف


شركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة مكافحة النمل الابيض بالجبيل
شركة مكافحة حشرات بالخبر
شركة مكافحة حشرات بالاحساء
شركة مكافحة حشرات بالرياض

السيد محمود said...




شركة المثالية للتنظيف بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف المنازل بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف المجالس بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف السجاد بالجيبل
شركة المثالية لتنظيف الشقق بالجبيل
شركة المثالية لتنظيف الفلل بالجبيل
شركة المثالية لرش المبيدات بالجبيل
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر
شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالدمام

السيد محمود said...


شركة تسليك مجارى بالدمام
شركة تسليك مجارى بالخبر
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة تسليك مجارى بالجبيل
شركة تسليك مجارى بالاحساء

شركة تسليك مجارى بصفوى وسيهات وراس تنورة
شركة تسليك مجارى بالرياض
شركة تنظيف وشفط بيارات بالدمام والخبر
شركة تنظيف مساجد بالدمام والخبر

السيد محمود said...


توفر الشركة لعملاؤها الكرام الكثير من خيارات و برامج عمليات تنظيف المنازل
شركة تنظيف منازل بالجبيل
وخبرتنا العملية و استطلاعنا الدائم لسوق خدمات تنظيف الشقق يؤكد لكم عملاؤنا الكرام انكم حتما ستجدون ما يناسب
احتياجاتكم ضمن شرائحنا المختلفة والمتعددة المصممة خصيصا لتلبى مختلف احتياجاتكم فى اعمال تنظيف المنازل بالجبيل
تنظيف المنازل بالقطيف انتشر بكثرة بين الناس لضمان الحصول على افضل اسعار تنظيف الشقق ذلك لأن شركات التنظيف لديها من
العمالة ما يكفي لأنجاز المهام فى اقل مدة زمنية، ايضاَ كل شركة تنظيف من المفروض ان يتوفر بها ماكينات تنظيف مخصصة فى
تنظيف الفلل و تنظيف القصور ونظافة المنازل وكل ماكينة تنظيف تقوم بمهام معينة يصعب على ربة المنزل القيام بها بمفردها
مثل تنظيف القماش و لهذا يفضل إسناد المهمة إلي افضل شركة تنظيف منازل بالقطيف شركة تاج الافضل دائما 0551844053
شركة تنظيف بالجبيل
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة تنظيف شقق بالجبيل
شركة تنظيف فلل بالجبيل


شركة تنظيف مجالس بالجبيل
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة تنظيف مجالس بالقطيف
شركة تنظيف سجاد بالقطيف
شركة تنظيف شقق بالقطيف

شركة المثالية said...


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر

Cara Membuat Nutrisi Hidroponik Sederhana said...

infonya membantu sekali, terimakasih banyak