Aug 13, 2018

DISKAUN BAYARAN BALIK PTPTN 20% 2018

Ingat lagi tak entri saya yang satu ni PENUKARAN UJRAH ? Alhamdulillah dah berjaya dah pun.  Dari 4% kepada 1%  Boleh jimat beratus setahun.  Make sure  korang dah layak ujrah tu bayar lah ikut jadual yang dia orang dah tetapkan. 


Kali ni saya buat kerja gila lagi.  Saya tengok ada tawaran diskaun dari PTPTN sebanyak 20%, pehtu buat lah kira-kira.  Sekejap tengok duit dalam bank, sekejap tengok baki dalam penyata PTPTN.  Kau rasa?  


21 JUNE 2018


So saya saja-saja buka messenger facebook cuba CHATTING dengan PTPTN Facebook Page.  Dah ai kebosanan dekat rumah sajalah nak ajak borak.




PERKARA PERTAMA YANG KORANG KENA BUAT


Pergi dekat laman web ni  http://www.ptptn.gov.my/bajet2018/index.php


Isi apa yang patut, nanti sistem automatik kirakan jumlah hutang dan diskaun yang korang akan dapat.


Pehtu, Print lah sehelai nanti


Lepas dah kira-kira segala hutang-hutang yang ada  haritu 😆 tetiba pulak terasa macam Allah kasi hidayah masa tu jugak nak bayar lamsam.  Huish boleh jimat RM500+ banyak tu.  Boleh shopping dekat shopeyaaa.  lazadiaaa.  😚


Pehtu saya minta izin suami nak bayar lamsam, dah jadi bini orang kenalah minta pendapat dulu walaupun bukan duit beliau.  InsyaAllah ciri-ciri isteri solehah ðŸ˜†


24 JUNE 2018


Saya pun melangkah kaki kanan pergi jumpa pegawai Pizza Hut PTPTN The Mines sambil bawa penyata yang saya suruh korang print tu.


Kebetulan saya berurusan dengan pegawai yang sama.  Beliau pun ada dekat situ.  Saya memang sorang-sorang je dekat situ, tak da orang lain.  Tapi kena juga ambil nombor, jangan terus terjah walaupun tak da orang.


" Assalamualaikum puan, saya nak tanya lah , cuba tengok penyata saya ni, saya print dari website bajet PTPTN, saya layak tak untuk bayar lamsam? "


( Sebenarnya semua orang pun layak, saya saja nak confirmkan sebab saya ni belajar malas, belajar sekejap je terus berhenti. )


" Waalaikumsalam puan Ain, layak puan, semua peminjam PTPTN layak dapat diskaun ni "

" Kalau macam tu, saya ingat saya nak bayar lah, tapi boleh guna kad debit tak? "

" Boleh puan "


( Masa ni kad debit saya limit keluar sampai 500 je. Then terpaksa pinjam lah internet dari laptop dia orang, jangan risau dia orang memang akan tunjuk bukti dia orang clear cache history ke blabla dekat laptop dia orang tu.  Tapi nasihat saya, korang tukar lah siap-siap limit kad debit tu dekat website sebelum ke kaunter untuk jaminan keselamatan )


Okey settle 80% hutang.  Sekarang kita tunggu dapat surat selesai hutang pulak dari PTPTN.



29 JUNE 2018


Dah bayor, hati pun tak menyabar nak tengok hutang tu di reduce.  Sebab tengok masih tak da update dalam penyata baki dekat website Anjung PTPTN, saya pun ajak lagi dia orang berborak lagi


kasi skrinshot penyata baki tu sekali dalam chat tapi tak perlulah tunjuk dekat sini kan huhu


pihak PTPTN pun reply kat bawah ni





pihak PTPTN kata 8 July 2018 baru boleh cetak surat pelepasan hutang dari website PTPTN bajet 2018.  (Korang tolong lah kirakan berapa hari tempoh sah nak dapat surat selesai hutang tu, aku tengah ngantuk ni)


Lepas saya langsaikan hutang PTPTN, saya dapat langsaikan hutang2 keluarga sekali.  Alhamdulillah.  Rezeki Allah kasi awal langsaikan hutang semuanya dengan hasil duit berniaga.  BEBAS HUTANG JULY 2018.  ðŸ˜


Oh ya tawaran diskaun 20% ni sah sehingga 31 Disember 2018


Dengar cerita, kerajaan dah luluskan siapa gaji bawah RM4000 boleh tangguh bayar dulu ya?  Huntunglaaaa


Ada soalan?
Email saja ainzs0408[at]gmail[dot]com

2 komens:

ejulz said...

Alhamdulillah ejulz dah habis bayar..

Ain Zulaikha said...

Masih berblog lagi ejulz? Terbaikkk , kita ni cam chipsmore hehehe