Jun 7, 2010

Tips Hilangkan Boring di Rumah

Haihh, Selamat tengah hariツ  dan Assalamualaikum and a very good afternoon  Best tak hari ni?  Best? bagus2!


Selalunya , bila semester break, of course student buat kerja partime untuk cari duit lebih.  And I always think about nak buat kerja part time ni.  Tapi rasanya dah tak sempat kot.  Saya nak dapat duit nak buat lesen kereta atau motor, atau nak beli kamera digital yang baru, hikhik mau yang power je cik Ain ni.  Tambah lagi saya nak gunakan sebagai modal untuk buat skirt sendiri hahaha.  Mimpi je kau Ain.

Oleh sebab itu , sekarang ni saya rasa teramat boring duduk kat rumah.  Saya nak buat something different yang kakak2 abang saya tak boleh buat.  Walaupun saya lemah dalam pelajaran, saya nak buktikan kat mereka yang saya lebih kretif daripada mereka2 itu.  huhu.  Semester Break sekarang ni memang panjang.

Berapa panjangnya? 2 bulan! lebih kurang.  So tak tahu nak buat apa, harap2 ada customer mak nak jahit manik kat baju, adalah something yang boleh saya buat dekat rumah. 

Saya rasa saya lebih berpengalaman duduk di rumah selama 19 tahun berturut-turut.  Nak diikutkan memang saya lah yang paling teruk kat rumah saya sebab saya budak yang suka buat hal dan merajuk.  Anak manja kau Ain!  So, saya nak bagi tips hilangkan boring di rumah:-


1 Buat Kerja Rumah
  •  seperti tolong mak kat rumah, basuh pinggan, sapu sampah, hias bilik, kemas bilik, cuci toilet dan lain2, tapi kalau malas nak buat benda ni semua memang tak tahu lah.  Silap2 duduk rumah korang membesarkan punggung je. heeehee
2 Cipta Resepi
  •  Haa, part ni selalunya ibu-ibu je yang suka buat.  Cipta resepi baru kat rumah.  Tapi kalau orang remaja macam kita ni, patutlah kita cuba dekat rumah.  Manalah tahu korang cipta last2 termasuk TV resepi baru korang tu. Wah!
3 Fikirkan Idea Yang berfaedah
  • Saya orang yang selalu berfikir, bila saya berfikir saya selalu fikir kan kebahagian, dan keuntungan tapi saya selalu jugak fikir macammana, kalau tak boleh mesti saya dah tak nak buat benda tu.  Jangan jadi macam saya! Fikirkan something different untuk korang buat dekat rumah, contohnya korang nak cat bilik korang ke, korang nak buat bisnes [business] kecil-kecil ke, hah, duduk rumah masih lagi boleh dapat duit. Bernaskan?
4 Surf Internet
  • Haa, yang ni memang best.  Lagi2 kalau orang tu selalu gunakan internet untuk keuntungan diorang.  Bukan setakat untung je, boleh cari kawan kot kat internet ツ  Seronokkan?  Contohnya, korang layan Facebook ke, Myspace, Friendster.  Ini semuanya laman sosial yang korang boleh layari.  Selain daripada tu, korang boleh tengok blog orang seperti saya ツ.  Kalau korang nak tahu pasal cinta ke?.  
5 Tengok Movie
  • Tengok movie dekat rumah, lebih selesa berbanding tengok movie dekat luar kan?  Cerita-cerita yang boleh menarik perhatian korang.  Carilah cerita apa-apa.  Saya suka cerita seram tapi saya ni penakut.  Kalau korang nak sangat tengok movie terbaru kat wayang okey, no problem, go on and dont forget to ajak saya sekali ;p.  dah2! Booking cepat!
6 Bersenam & Menari
  • Bersenam lah dekat rumah , kalau duduk rumah je tak guna kalau tak bersenam.  Korang akan rasa lemah je badan korang, macam saya ni lemah dah badan dah lama tak bersenamRobik.  I like dancing! Yeah, nak menari dengan saya sekali? Jom! Menarilah dengan hati jangan menari dengan step. Faham tak?? hee.  Carilah persekitaran rumah yang luas nak buat benda ni.  Gunakan lagu untuk jadikan semua ni lagi menarik. Okey?
7 Bermain dengan Kucing
  • Sudah saya katakan, kucing adalah tempat terbaik untuk lepaskan stress korang.  Lagi-lagi bila korang tengok dia main-main, ish! ish! ish! cute nya. Tersenyum sendiri. ツ
8 Melukis
  • Jangan cakap tak reti melukis, reti ke tak reti ke korang tetap pandai melukis.  Melukis ni salah satu tempat nak luah kan sesuatu perasaan kita.  Kita tak kan perasan lukisan kita tu melambangkan perasaan kita. Betul trust me!  kalau korang geram automatik lukisan korang macam cakar ayam. kahkahkah.  Seburuk mana pun lukisan korang , itu tetap SENI ツ
9 Manjakan diri
  • Maksud saya, relaxkan diri korang yang serabut tu dengan buat facial sendiri dekat rumah. Alah, guna timun, tomato and telur pun boleh.  Korang berendam dalam tub mandi and put something smell good like lavender.  Release beb!  Main dengan buih air dan sental badan korang sampai bersih! kan kan kan?  maklumlah kita orang remaja ni memang kena jaga kecantikan ツ  eh eh, ibu-ibu pun kena jugak jaga kecantikan untuk suami supaya terus disayangi.
10 Cakap Sorang-sorang
  • Paling best bila tahap bosan amat maksimum, korang cakap sorang-sorang dalam cermin.  Kalau korang nak kutuk orang ke, tak de orang lagi korang nak kutuk, hah! Pergi ambil cermin tengok muka sendiri bagitahu kat muka korang tu yang korang tak puas hati dengan siapa, ish!! Biarlah orang nak kata kita gila, gila tak gila diorang yang gila sebab bila orang kata kita gila, dia pun gila, aikk??? hahah.  Bukan tu je, korang nak belajar bahasa inggeris?  Cakap lah sorang2.  Macam saya ni tak reti BI , cakap sorang2 je sebab tak de siapa nak tolong saya.   haih.  Good luck Ain.

Apa-apa pun waktu boring kita dekat rumah , walaupun boring mana pun kita, jangan sesekali skip SOLAT, sebab solat itu tiang agama ツ WAJIB.

Selamat mencuba, jangan bosan-bosan okey, banyak benda lagi yang kita boleh buat dekat rumah.  Tak kisah lah orang marah, asalkan kita tak boring.  Dan semester Break pun terisi ツ

14 komens:

nabilah_2908 said...

tapi...kalau hari2 wat benda yg sama pun bosan gak kan...? huhu..

nice tips...teringt ms leps habis belajar dulu...mengnggur 6 bulan...punya la bosan giler... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
ALAHAI PEREMPUAN

-telOrDibAsuh- said...

hehe...2la hari2 mkn telor pon basan gak kan hehee...

Ain Zulaikha said...

hahah... hari2 makan telur habislah aym and itik kat dunia ni pupus.

paan said...

paling mudah tido jer...tapi , selagi ada internet , susah nak boring...ada jer benda baru nak belajar.huhu

oh farah said...

saya paling kerap buat aktiviti no. 10

=.=

Azam said...

enjoy joining and organise events...create new friends, get new experience

Ain Zulaikha said...

oh farah. menguji minda tu.. hehe

Ain Zulaikha said...

azam: ???

kucingorengemok said...

kalau bosan duduk rumah, datang rumah saya... (banyak keje boleh tolong ni, hehehe) :)

Hafeez Darraji said...

nak cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

shaa bonitaa said...

best kan berendam lam tub mandi..hahaaa~~

Anonymous said...

sgt2 indah klu dpt menhilangkan bosan @ memanjakan diri di paya !

AfiqahZ said...

alaaa~
takut kucing la :P
cmne? agagaa~

Anonymous said...

http://cardiffmiller.com/pubs/buyvalium/#50463 valium schedule 2 drug - images of generic valium