kosmo
Assalamualaikum. Saya syorkan kepada yang ada couple juga sila membaca.
Bukan nak cakap apa lah kan, sekarang ni kalau kita tengok, paper sini cakap pasal buang anak, paper sini buang anak, situ pun buang anak, so paper mana yang putih suci bersih kita boleh baca? nak di pendekkan cerita, buang anak sekarang ni famous sungguh dekat Malaysia ni.
Nak di ikutkan hari-hari ada kes buang anak. Wow, senang nya diorang nak dapat anak kan? Subur sungguh.... orang yang kahwin bertahun-tahun tak dapat anak pun nak sangat anak, diorang ni senang2 je buang macam sampah. Sebenarnya mereka itu lah sampah, sampah masyarakat yang tiada pendidikan agama secukupnya atau pun tak peduli langsung pasal agama yang telah di ajar. Uiihhhh, kalau saya ada anak pun saya sendiri takut nak lambung2 anak, ni kan nak buang anak. Nauzubillah.
Semalam saya berada di One Asia Creative and Trading, producer dekat situ tanya kami setiap orang. Di sebabkan kitorang ni semua remaja kan, dia tanya lah.
Awak rasa, kenapa diorang sekarang ni buang anak? Apa faktor2 menyebabkan diorang buat macam ni?
Lepas tu masing-masing pun jawabla:-
1. Takut anak tu malu dia akan tahu yang dia anak luar nikah.2. Takut mak bapak tak boleh terima anak tu3. Takut..
So kita boleh nampak dekat sini, majoriti jawapan adalah " takut " ... eeeee, takutnya..
so takut tu boleh di terima ke? Nak takut apa? Buat benda tu tak takut pulak??
Then lagi satu, kenapa perempuan selalu di persalahkan , walhal perkara ini perlu di tujukan kepada pihak lelaki juga. Segala berita seperti meletakkan kesalahan itu kepada pihak perempuan. Adakah sebab wartawan tu seorang lelaki? Mungkin tidak. Tapi memang betul lah, dalam hal ni, bila dah tangkap mak, paksalah mak beritahu siapa ayah dia.
Kepada yang bercouple
Hari CINTA PANDANG PERTAMA
AMAT: Assalamualaikum, emm, hai, sorang je ke?
AMINAH: Waalaikumsalam, ha ah sorang je ( senyum )
AMAT: Saja nak lepak sini, tengok awak sorang je , kesian lah pulak. Hehehe
Mereka pun berborak sehingga menimbulkan bait-bait percintaan KONON!!
Hari CINTA PANDANG KE SEBELAS
(3 tahun berKAPLE)
AMAT: Awak.. Awak sayang saya tak?
AMINAH: Hik hik kenapa tanya macam tu, malu lah.
AMAT: Jawablah sayang ( sambil membelai rambut Aminah )
AMINAH: Emm, sayanglah. kan kita dah 3 tahun couple kan?
AMAT: Boleh saya nak awak buktikan sesuatu? Saya sanggup buat apa sahaja untuk awak tau ( wink2 )
AMINAH: ( senyum ) Awak nak saya bukti kan apa?
AMAT: Emmm ( meraba AMINAH )
AMINAH: Hey!! Apa ni?? Tak suka lah!!
AMAT: Awak kata awak sayang saya? So awak kena bagi apa yang saya mintak.
AMINAH: ( geram ) Pleaselah..
AMAT: Okey, kalau macam tu, kita putus!! Atau awak nak saya bunuh diri??
AMINAH: ( menangis ) Please..... I LOP YOU... dont tinggal-tinggalkan saya please.. I LOP you much.
AMAT: So? Jangan lah menangis sayang ( kesat air mata Aminah dan membawa Aminah ke tempat BONGOK! ) Kalau awak cintakan saya, sayangkan saya, marilah kita BERKENJA..
Aminah terpaksa mengakur... Kerana terlalu sayang dan cintakan lelaki sangap ini. Dari hari ke hari mereka ketagihan.
Hari TAHUN DEPANNYA PULAK
AMINAH: Sayang... saya mengandung..
AMAT: Hah?? Jangan mengarut lah!
AMINAH: Betul, cuba tengok perut saya dah BOYOT ni..
AMAT: Apa kena mengena dengan saya?? itu bukan anak saya. Anak orang lain tu.
AMINAH: ( menangis ) Sampai hati awak kata macam tu, isk isk isk...
AMAT: Gugurkan anak tu!! Dah! kita putus!!
AMINAH: isk isk isk ke boom boom ( menangis meraung )
9 Bulan kemudian TELAH MELAHIRKAN ANAK
AMINAH: Aduhhh, sakit..... Arghhhhhh, auwwwwwww.. makkkk, sakit makkkk.... ooo mak aiii....opocot terkeluar pulak baby..
Aminah dalam keadaan kelam kabut tidak tahu mahu buat apa, dia pun membuat percubaan untuk membuang bayi tersebut di dalam plastik sampah kaler pink gitu...
AMINAH: Ya Allah, Aku berdosa..... Aku menyesal ( Padahal baru je lepas buang anak yang masih hidup tu )
Nauzubillah...
Di sini, nasihat saya sebagai seorang kakak mahupun adik..
Sayang, cintalah dengan hati, bukan dengan nafsu. buktikanlah cinta melalui hati dengan tanpa dosa tanpa nafsu menguasai diri. kelak semuanya akan tunggang langgang dan menyesatkan. Bukan mahu memerli, tetapi ini lah lumrah couple yang seakan telah menjadi perkara wajib setiap remaja. Kita mempunyai nafsu ingin mencuba, tapi kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya sebab tu kita perlu kawal diri sendiri kerana tiada kontrak yang kata lepas awak buat gitu-gitu awak akan kahwin dengan dia. Jodoh itu di tangan Allah..
Saya gemar guna ayat ni " JODOH IS MAGIK "
Gunakanlah ayat di atas ni sebagai pemangkin semangat kita ntuk dapat suami seakan muka Brad Pitt, tapi di penuhi dengan akhlak yang baik, mematuhi agama, dan tidak menggunakan kita sebagai pelepas nafsu mereka.
Last sekali, kepada yang telah terlanjur berbuat demikian, silalah kembali ke pangkal jalan, tidak terlambat, dan jadi kan ia sebagai satu pengajaran. Jangan lah buang anak, serahkan saja pada siapa-siapa, cakap dengan orang yang boleh di percayai, atau jaga saja anak itu seperti menatang minyak yang penuh..
Kan senang...
9 komens:
opocot terkeluar baby..
ehhhhe ape lah...
btw tq...
ain..eina suka entry nie..bgus2~~
peringatan tu..
uishhh...2 la bdk2 skrg..nk sedap je!grm btol la..
Umm.. Saya tak tahu nak kata apa dengan ini
New Entry Prof-Hariz
Roslin Hashim Jaguh Badminton Ke Bercerai?
@JOJOE
heehehehe... ur welcome
@dak eina (◕‿◕)
tq dak eina... :)
@echah mashuri
hik hik, sebenarnya mereka tak matang lagi tu kot.. perlu di bimbing lagi..
@Hariz
takpe.. asalkan leave ur comment.. hik hik
salam..wah! menarik la cerita nie..memang betul apa yg dikatakan..macam tue ar penomenan percintaan nafsu...adoi2..macam2...
Post a Comment