Usiaku kini sudah 17 tahun. Kata Mama dan Papa aku adalah anak buangan. Aku dijumpai ditepi longkang rumah Mamaku iaitu rumah aku diami sekarang. Aku dibesarkan oleh keluarga sederhana. Walaupun sederhana aku tetap bersyukur kerana aku ada tempat tinggal. Pada masa aku mengetahui aku adalah anak buangan, aku tidak dapat menerimanya. Aku sentiasa berfikir dan perkara itu menghantui aku. " Aku adalah anak haram?? " kata kecilku.
Aku selalu diingatkan oleh penjagaku walaupun aku adalah anak buangan, aku tidak boleh malu kerana ini bukan salahku. Yang salah adalah orang yang membuatkan aku lahir di dunia ini. Semalaman aku berfikir , kenapa aku diperlakukan sebegini.
Keesokkan harinya aku berani kan diri untuk berhadapan Mama dan Papaku.
" Mama, kalau betul saya ini anak buangan, tolong temukan saya dengan keluarga sebenar saya. " kata aku berani.
Mama dan Papa seperti pelik dengan permintaan aku.
" Nak, Mama dan Papa tak tahu siapa dan di mana keluarga kamu. Mama dan Papa lah keluarga kamu sekarang ni. Tiada orang lain lagi. Lupakan saja mereka. " kata Mama menangis.
Aku terus mencapai Papaku.
" Papa, Papa ramai kawan, Papa tentu tahu cara nak cari keluarga sebenar saya. Tolonglah Papa. Jangan biarkan saya macam ni, " desakku.
Papa seperti berfikir panjang. Lalu...
" Baiklah, Papa akan cuba, tapi kamu kena janji, semua ini kehendak takdir, jika kita tak dapat kesan keluarga kamu, biarlah sampai setakat ini. " kata Papa gusar.
Aku bersetuju ..
Sudah 2 bulan tetap juga Papa tidak temui.
Ada seorang perempuan berusia 50 an datang ke rumah dan bertanyakan tentang Mama dan Papa.
" Emm, Nak , " sambil memandang aku penuh kasih sayang.
" Ya Makcik? " aku tidak selesa.
" Err, Mana ibubapa kamu? " tanya perempuan itu.
" Papa ada kat atas, Mama kat dapur, " jawabku jujur.
" Boleh Makcik masuk? " tanya perempuan itu.
" Kejap ya, " jawabku takut.
" Mamaaaaaa, ada orang datangggggggg, " panggil ku kepada Mama.
Mama datang ke arah ku. " Siapa tu Nak? "
" Errr, Puan ni siapa ya? " tanya Mama kepada perempuan itu.
" Saya.. Saya... errr boleh saya masuk dulu? " permintaan perempuan itu.
Hampir satu jam Mama dan perempuan itu berbual-bual. Aku tidak dapat mendengar dengan jelas. Yang pasti perempuan itu dan Mama menangis teresak-esak. Mama seperti memarahi perempuan itu.
Pada keesokkan harinya, Mama membawaku kerumah sakit. Hospital Serdang.
" Mama kenapa kita pergi sini? Mama sakit ke? Papa sakit ke? " tanya aku .
Mama dan Papa berdiam sahaja.
Aku bertanya lagi " Mama, Papa please jawab kenapa ni? "
Mama menarik tanganku, dan terus masuk ke bilik sakit , di situ aku ternampak 2 orang perempuan tua , seorang lelaki tua dan juga 3 orang gadis remaja sedang berdiri. Perempuan yang jumpa Mama semalam sedang duduk menangis melihat seorang perempuan yang terbaring nazak, seperti tidak dapat bernafas, muka pucat, bibirnya seperti ingin berkata sesuatu tetapi tidak dapat.
Perempuan yang terbaring itu memandang ke arahku. Bibirnya seperti ingin berkata sesuatu, aku menghampiri perempuan itu secara perlahan-lahan. Mama pula tiba-tibe menangis dan Papa memegang bahu Mama. Aku semakin hampir kepada perempuan terbaring itu.
Aku melihat kotak nama pesakit yang ditampal di dinding " Hasanah Ayob , HIV Positive. " aku membaca di dalam hati. Aku memberanikan diri menghampiri perempuan itu, aku meletakkan telingaku dekat dengan bibir perempuan itu, dan aku terdengar sesuatu
" Ibu minta maaf, Ibu tak dapat jaga kamu, Ibu malu dengan tindakan Ibu. Ibu malu. Ibu bersalah dengan kamu. Ibu tak mampu menyara kamu. Ibu buang kamu. Ibu sakit. Ibu minta maaf . Anakku ", mengalir air mata perempuan itu.
Aku terkejut apabila perempuan itu berkata Anakku. Dari situ aku sedar, dia adalah ibuku. Yang membuangku. Yang tidak berperikemanusiaan. Aku terkaku di situ. Air mata ku mengalir laju di pipi.
Aku berbisik kepada telinga ibuku, " Ibu... Walaupun Ibu buang saya sekali pun, Ibu tetap yang melahirkan saya. Saya sayang ibu. Saya maafkan Ibu. " Aku memeluk Ibu.
Tidak sampai seminit, Allah telah mengambil nyawa Ibuku.
Update! : Cerita ini hanya saya reka semata-mata, bukan pasal saya okey T__T , Terima kasih kerana sudi membaca. :)
Selamat Hari-Hari Hari Ibu ♥
41 komens:
happy mothers day! :)
wehh ain..ni cerita kau ke hape...
dahh nak nagis kot aku bacee..
jatuh shm aku nangis..huh
selamat hari ibu...
ni cite seyes kahh??
waaaa sumpah sedihh..
lame kau menghilang kn??
sedey betul cite nie..huhu..
sian mak dye..ade sebab nape mak dye buat kat dye cam tu..mak dye x sanggup tengok anak dye hidup dalam keadaan susah..sebab tu mak dye bagi kat orang lain..harap cite nie bg pedoman kat kitew semue ye ;)
ni kisah olok2 je ni kan...
waluapepon salah ibu kite..die totap ibu kite..
kasih ibu tu memang takkan pernah hilang ^_^
err.. nice story. walau apa yg ibu dh lakukan. dia tetap ibu kita. happy mother;s day kepada semua ibu di dunia. ;)
alahai sedihnya OE baca...
anyway... selamat hari ibu.. (n_n)
^_^
selamat hari ibu utk semua ibu2..hihih
hari2 adalah utk ibu ;)
dan hari paling trbek utk ibu adalah hari ibu..slamat hari ibu utk ibu awk..moga ibu awk bhgia brsama famly..dye bertuah kerana ada anak yg bek cam awk (^^)
:'(
,maseh dprantauan lg ,
yee...hari-hari adalah hari ibu,ada ibu bergembiralahlah...
macam penah baca kisah ni.. mmg sedih.. jadi pada yg masih punyai ibu bapa dan dapat idup dengan depa sampai la ni hargai la mereka..
Latest -
- Minum Arak Adalah Perkara Biasa
dia tetap seorang ibu~
@cik nabila : :)
@far8 budak baik : ye ye cite aku lah ni.. jangan sedih2, nanti awek tak de mari punya.. hahaha.. ni cite rekaan je lah.. hohoho busy gila kot semester 4.. T_T
@ann dhaniah : yes true :)
@jiji : ha ah cite olok2 je rekaan semata2.. T___T
@puteri iqa izyan : even dia gila sekali pun tetap ibu kite :)
@hajar hassan : :)
@OE : :)
@iwan : :)
@syafiq tengku : hehe baik ke saya ni, thanks :) happy mom's day to ur mother too
@nis humairah : alohhh jangan sedih2.. nanti dapat jumpe mak k :) chill..
@ummi arissa : :)
@fariq : pernah dengar dekat mana? hahaha baru kot karang cite ni tadi.. T___T sape kata minum arak perkara biasa ? hahaha
uhh touching lak..
happy mothers day...untuk bool juga..hehe
eh jap bool 2 tino ke jantan..ayoo~
uhhhh.. sedih kott..
happy mothers day btw .. ;)
uhhhh.. sedih kott..
happy mothers day btw .. ;)
nsib baik citer rekaan.. ingat btul2 tadi, huh...
latest en3: fast five
pandai cik ain wat cerpen sedih..huhu..walaupun camne pun ibu kita,beliau ttap ibu kita dimana syurga di bawah telapak kakinya..:)
nice story la..huhu..sedih je..
slmt hari ibu :)
ain..ain...pndai mereka cerita yer :)
nice....:)
ain syg ibu tak?
slmt hari ibu ;)
sgt sentap....
alhamdulillah dia dpt maafkan ibu dia..
lagipun, sejahat mana pun ibu kita, dia tetap yg melahirkan kita..
dosa besar kalau kita derhaka..
kesiannya .. saya sayang ibu jugak . Tia bersyukur sebab lahir dari rahim ibu sendiri ..
dah macam drama dah ain :)
selamat hari ibu untk ibu awak
ok.unsur suspen tu mmg ada..teruskan lagi usaha anda ya.!
kahkahkah ! selamat hari ibu untuk ibu anda !
Penceritaan baik... Walau macam mana pun wanita itu.. dia tetap seorang ibu... thumbs up..
hari-hari adalah hari ibu tetapi harini adalah hari yg paling terbaik buat ibu2 hihi^^ selamat hari ibu =)
azi nur : bool tu jante lah azi nur .. hehehe
ainn hazwany : :)
caliph shuriken : hehe cite rekaan saja :)
hakim zailan: betul tu hakim :) selamat hari ibu ya ... hehehe thanks hakim..
firdani : thanks :)
nonie : hehe thanks ya :)
uchi kay : ofkos lah ;)
solihin zubir : betul tu, :)
ini kisah tia : :) semoga Tia menjadi anak yang baik
alexa yussida: hehe yeka? hahhahaha thanks
azmira : to ur mom too ya :)
hpy mothers day 2 ur mum,.smga awk dpt jdi ank yg terbaik toknya..insyaAllah..=)
nice entry,,ingt cite bteol tdi taw.hehe.neway,,best2..=)
selamat hari ibu
hehe:(
sedih tapi gelak.
selaamatt hari ibu.
cikida : terima kasih ya :)
shahjiehan : thanks
ayeng : awat nak gelak pulak huhu
er
rekaan ye.
sentap.
nasib bek rekaan.
kalau tu kamu mungkin dah kena HIV juga ye.
heheheeheh
gile syahdu dow.hhaha:P
Agak tersentuh hati jantan ini... ;|
Selamat Hari² Hari ibu♥ ;)
awk! kite tertipu, huhu kite baru nk sedih and dah bina ayt dlm hati nk ckp "TABAHNYA AWK MENERIMA HAKIKAT" :) enyway, nice :)
selamat hari ibu....;-)
selamat hari ibu ain
Eh, ada bakat tulis novel nih ain hehe.. Nice one ! ^^
Post a Comment